Friday, January 30, 2009

Pendaftaran Ahli UMNO secara Online

Bagi pemohon yang ingin menjadi ahli UMNO secara online, boleh dibuat menerusi laman web www.daftar.umno.org.my.

Proses untuk mendaftar keahlian ialah, pemohon dikehendaki menaip nama penuh, nombor telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.

Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.

Bersama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia bumiputera dan berbangsa Melayu mendaftar sebagai ahli UMNO kerana Agama, Bangsa dan Negara.

Wednesday, January 28, 2009

Pembubaran Puteri & Putera...pandang secara positif.

Pandangan yang diberi oleh Pengerusi Displin UMNO hendaklah dipandang secara positif.

1. Pembubaran Puteri - letakkan Puteri di bawah biro yang diterajui oleh Pergerakkan Wanita yang mana puteri adalah salah seorang AJK yang dilantik oleh Ketua Wanita.

2. Putera - kekalkan dalam keadaan sekarang yang berada di bawah biro Pemuda.

Tuesday, January 20, 2009

Kekalahan BN di Kuala Terengganu......Mengapa

1. Bukan kerana pembangkang kuat.

2. Pemuda & Puteri .........lebih kepada melobi, bersembang dan bercinta sahaja...bukan untuk menguatkan jentera parti.

3. Konsep 'Gula-Gula' yang diamalkan.....peruntukan yang berlebihan semasa pilihanraya kecil, rakyat sudah jemu, menyebabkan ramai ambil kesempatan.

4. Amalkan sikap Pemimpin adalah rakyat dan rakyat adalah Pemimpin....jurang yg terlalu jauh.

5. Mesra Rakyat............perlu ada sambungan, jangan jika ada pilihanraya sahaja.

6. Pemimpin dihati rakyat...ada rakyat pun tak tahu siapa ketua bahagian.

7. Parti Komponen bercakaran...........Najib lakukan seperti zaman TUN dahulu.

8. Penampilan keterlaluan dari pemimpin-pemimpin diperingkat atasan / bahagian.

NAJIB & MUHYIDDIN ..............segerakan lah cari penawarnya....................PLEASE...aku sayangkan UMNO.

Saturday, January 17, 2009

2009 & Cabaran yang mendatang...apa langkah kita

Tahun 2009 sudah lebih 18 hari kita tempuhi dan hari-hari seterusnya perlu kita hadapi dengan berbagai cabaran dan dugaan.

Adakah kita arus ikut hari-hari yang berlalu dengan azam yang sama?

Adakah kita perlu tunggu dan lihat dan serahkah 100% kepada nasib sahaja?

Adakah kita mengikut apa yang dirancang oleh orang lain?

Adakah kita harus mengikut trend kepimpinan dari mereka yang berkuasa?

Hanya anda sebagai rakyat Malaysia dan diri anda sendiri yang menentukannya.

Terima kasih.