Wednesday, December 31, 2008

Selamat menempuh tahun 2009

Semuga semua sentiasa ceria & dimurahkan rezeki yang halal...AMIN.

Saturday, December 27, 2008

Tuesday, December 9, 2008

Bangunan UMNO Ampang...semakin banyak kulat di sana-sini.....

Apa yang susah sangat ni.....berapa ramai AJK-AJK Bahagian, Pemuda, Wanita & Puteri......bergotong-royong le bersama-sama membersihkan bangunan tu................jangan nanti ditertawakan oleh pembangkang........................................

Wednesday, December 3, 2008

Sunday, November 23, 2008

Mana....UMNO AMPANG....???????????

Tiada apa yang dilakukan selepas Persidangan.....kita hanya ada 3 tahun lagi.....masa berlalu terlalu pantas, cengkaman pembangkang semakin kuat, UMNO semakin layu.....perpecahan semakin besar....tak sedar lagi ke.....Melayu di permain-mainkan ..................BANGUN>>>>>>>BANGUN>>>>>>BANGUN.....kalau tak nak bangun, senang aje....terus KAPAN aje....senang cerita.

Pertarungan antara RAFIDAH & SHAHRIZAT...

Wanita Ampang...penyokong kuat kepada Team Rafidah,

Friday, November 14, 2008

Mananya pergi kepimpinan baru Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri Ampang....

Pergi melancung ke....dah menang dengan cara yang terhormat....
Masih ada yang bercita-cita nak menjadi YB....cermin muka dulu ya....
Ada yang kata.....strategi kenakan orang lain dah menjadi.....ha ...ha...
Yang dulu ada menentang Datuk Mail.....pun dah duduk semeja...ada masuk kot....
dan....
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.......banyak lagi... ;
Apa jadi dengan Dewan UMNO Ampang.....jangan nanti dijadikan modal pembangkang dalam PRU13....siap sedia le bagi jawapan.....Ahli-ahli UMNO pun dah bosan.....

Teruskan Perjuangan Kerana Agama, Bangsa & Negara

Datuk Dr Maamor & ahli-ahli UMNO yang menperjuangkan parti kerana Agama, Bangsa & Negara....teruskan segala perjuangan ini kerana Allah sentiasa bersama-sama pada mereka yang ikhlas & jujur dalam setiap perjuangan.....

HIDUP UMNO, BANGSAKU DAN AGAMAKU DAN NEGARA KU......

Monday, November 10, 2008

Al-Fatihah : En. Shaari Manaf, Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang.

Bersama-sama kita mendoakan beliau supaya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. AL-Fatihah.

Sunday, November 9, 2008

Kesimpulan Persidangan Pemuda & Bahagian Ampang...

MENGECEWAKAN DAN MENYEDIHKAN.....KERANA AKHIRNYA UMNO TINGGAL NAMA SAHAJA DI AMPANG KERANA PERBUATAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BERKEPENTINGAN DIRI SAHAJA.

Friday, November 7, 2008

Pembetulan 7 Nov dan 9 Nov

Persidangan Pemuda : 7 Nov

Pesidangan Bahagian : 9 Nov

Wednesday, November 5, 2008

Persidangan Pemuda & Bahagian Ampang

Persidangan Pemuda Bahagian Ampang pada 7 hb Okt 08 - di Bkt Antarabangsa, 8.00mlm....tapi kenapa ramai yang tak tahu........dengarnya diuruskan oleh UMNO Bahagian dan orang-orang bekas KP......kenapa Pemangku KP & Pengerusi Pemuda diabaikan.......ada agenda ke ni.


Persidangan Bahagian Ampang - pada 9 hb Okt 08 ..di PWTC 9.00pagi, tapi tiada pemberitahuan, hanya diketahui melalui SMS....kenapa ni????????????????????

Adakah kedua-dua persidangan ini ada agenda tersembunyi oleh UMNO Bahagian AMPANG.

Monday, November 3, 2008

Ampang bergolak...Fitnah & Laporan Polis berleluasa

Sudahlah dengan ini semua, tiada penyelesaian akhirnya....bersatulah wahai mereka-mereka yang berkuasa....sedarlah dunia ini hanya sementara sahaja..

Sunday, November 2, 2008

Mengapa Datuk Ismail Kijo mengutuk ahli-ahli UMNO dalam setiap ucapannya

Sedangkan beliau telah berjaya menidakkan pencalonan Datuk Dr Maamor.

Ini terjadi semasa Persidangan UMNO Bhg Ampang pada 27/10(dibatalkan) - RM 10K melayanag di Hotel De Palma yang mana menjadi Majlis Hari Raya....dan dengarnya akan dibuat di PWTC (2oK kena bayar).....kat Ampang semua Hotel dah penuh booking.

Kenapa Datuk takut pada bayang-bayang sendiri...kerana Datuk Dr Maamor dalam setiap ucapannya sentiasa menasihatkan kita ahli-ahli UMNO bersatu .....

Wednesday, October 29, 2008

Apakah langkah terbaru UMNO Bahagian Ampang

Apakah perancangan dan tindakan UMNO Bahagian Ampang untuk menguatkan Parti dan Agama? Perlukah dengan tunggu dan lihat sahaja.

Masih tidurkah dengan mimpi-mimpi yang indah. UMNO sekarang dilihat makin di pinggirkan. Betulkah, jika tidak bangunlah wahai....bangsaku kerana ALLAH S.W.T.

Monday, October 27, 2008

Tanggungjawab mencari pengganti yang berwibawa

Pena Mufti
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
MEMBACA surat Abu Bakr al-Siddiq tentang siapakah pengganti selepas kewafatannya sepatutnya membawa seseorang pemerintah insaf bahawa soal mencari pengganti ini adalah perkara besar yang akan mengundang sama ada reda atau murka Allah di akhirat nanti. Ia bukan soal melepaskan bebanan semata.
Jawatan pemerintahan pula, bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja. Abu Bakr al-Siddiq pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku -dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr). Surat ini menggambarkan betapa Abu Bakr al-Siddiq membuat cadangan penggantinya atas asas tanggungjawab di hadapan Allah tanpa sebarang kepentingan diri. Beliau juga memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya. Padahal pengganti yang dicadangkan itu ialah insan yang terbaik bagi umat ini selepas dirinya. Pun begitu, ayat amarannya jelas agar keadilan mestilah ditegakkan dan dia memilih pengganti atas keyakinan bahawa penggantinya dapat menjamin pelaksanaan keadilan yang dikehendaki Allah, bukan menjamin kepentingan dirinya atau kelompoknya.
Politik pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah agak mencabar. Khalifah terpaksa mencadangkan penggantinya yang dapat memastikan perjalanan kerajaan terus stabil. Walaupun kelihatannya ada unsur meminggirkan suara syura rakyat dalam pemilihan khalifah sehingga menyebabkan jawatan itu diwarisi secara dinasti bagi keturunan Bani Umayyah dan dinasti-dinasti selepas itu juga melakukan hal yang sama. Namun risiko membuka jawatan khalifah untuk dibuat pemilihan terbuka juga adalah besar. Pertarungan merebut jawatan numbor satu dalam sesebuah kerajaan jika tidak dikawal dengan penuh sistematik dan kemas akan menatijahkan ketidakstabilan negara yang tiada kesudahannya. Di samping, kelemahan sistem pewarisan takhta juga jelas. Apatah lagi ia bercanggah dengan ruh Islam. Sementara, membuka peluang syura kepada semua rakyat atau Ahl al-Hal wa al-‘Aqd memerlukan negara yang stabil sistemnya untuk mengawal perjalanan pemilihan agar tidak menimbulkan huru hara. Syura itu untuk kemaslahatan rakyat dan negara. Apabila ia dilaksanakan, hendaklah dipastikan natijahnya membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan. Jika hanya membawa kepada kerosakan, seperti jika suara ramai dijadikan ukuran dalam menentukan kepimpinan dalam sesuatu komuniti yang rosak agama dan akhlaknya, kemungkinan besar kesan pemberian hak memilih itu tidak membawa kemaslahatan. Mungkin akan dipilih pemimpin yang buruk nilai agama dan akhlaknya. Suara ramai dihormati, namun jika suara ramai itu mengundang keburukan, maka ia tidak patut diterima pakai.
Keistimewaan
Antara keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Kerajaan Bani Umayyah adalah wujud penasihat-penasihat yang terdiri daripada kalangan para ulama yang luas keilmuannya dan tajam serta tangkas pemikirannya. Tokoh yang paling menonjol ialah Rajak bin Haywah. Beliaulah tokoh yang sering mendampingi ‘Umar bin Abd al-‘Aziz dan memberikan pandangan-pandangan yang tangkas, bijak dan diredai Allah dalam bidang politik dan kehidupan. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum Muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga bukan anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, Muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang- orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Walaupun apa yang dipertikaikan, Sulaiman bin ‘Abd al-Malik tetap berjasa dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah telah membawa rahmat kepada dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dia yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.
Seseorang bapa yang ingin meninggalkan rumahnya akan memastikan isteri atau anaknya boleh diharapkan agar harta benda dan keselamatan rumah terjamin. Rakyat dan negara tentu lebih berharga dari rumah individu dan kemusnahan sebuah negara tentu lebih besar kesannya daripada kemusnahan sebuah rumah. Memastikan agar negara yang diwarisi dalam keadaan sejahtera dan selamat adalah tanggungjawab yang penting. Kemusnahan sesuatu kaum atau masyarakat yang dirahmati Allah adalah disebabkan generasi yang mewarisi bangsa berkenaan menyeleweng dari landasan yang diredai Allah. Allah mengingatkan kita mengenai hal ini dalam al-Quran dengan firman-Nya: (maksudnya) “Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) dalam al-Kitab (Al-Quran) ini tentang (Nabi) Idris; sesungguhnya dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.Mereka itulah sebahagian daripada Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka daripada keturunan (Nabi) Adam, dan dari keturunan mereka yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama (Nabi) Nuh, dan daripada keturunan (Nabi) Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil (Nabi Ya‘kub)- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”. (Surah Maryam, ayat 56-60).
Dua asas
Seperti yang sering saya sebutkan, dalam Siyasah Syar‘iyyah (Politik Islami) dua asas penting diambil kira dalam memberikan amanah atau tugasan khususnya politik kepada seseorang individu. Asas itu adalah al-Quwwah dan al-Amanah atau Kemampuan dan Amanah. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi Islah al-Ra‘iy wa al-Ra‘iyyah: “Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya0: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26) Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s :(maksudnya:“Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54). Firman Allah dalam menyifatkan Jibril: (maksudnya) “Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai ‘arsy, yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21). Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai-bagai jenis peperangan...al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri amanah yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir (Surah al-Maidah: ayat 44)".
Krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak-pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin. Sehingga akhirnya, ada yang memiliki kemampuan kepimpinan politik, tetapi kontang dari nilai-nilai takwa sehingga mudah terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sementara, ada pihak yang lain begitu memberikan perhatian kepada soal kekuatan pegangan agama sehingga mengabaikan soal kemampuan dalam kepimpinan politik. Ini juga menyebabkan ramai orang yang atas kepercayaan orang ramai tentang pegangan agama mereka lalu diberikan jawatan politik, akhirnya mereka gagal menguruskannya. Bukan kerana tidak amanah, atau tidak takutkan Allah, tetapi kerana tidak mempunyai ciri al-Quwwah atau kemampuan dalam menguruskan kepimpinan yang diamanahkan kepadanya. Sebab itu Rasulullah SAW tidak memberikan jawatan kepada sahabaT-sahabat yang tidak berkemampuan sekalipun dia seorang yang soleh. Seperti sabda baginda kepada Abu Zar r.a.: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. Walaupun Abu Zar terkenal baik dan soleh, namun itu belum cukup untuk melayakkannya memimpin.
Tanggungjawab rakyat dan kepimpinan yang memiliki kuasa untuk memastikan bahawa jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat itu tidak akan jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak. Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas.

Ditangguhkan lagi....Persidangan UMNO Bahagian Ampang

Persidangan UMNO Bahagian AMpang ditangguhkan lagi ke tarih berikut :-

Tarikh : 8 Nov 2008

Kenapa persidangan ini sentiasa tertangguh dari 19 Oct, 27 Oct dan seterusnya 8 Nov. Apa yang telah berlaku............atas arahan MT atau ada muslihat. Anda tentu mengetahuinya.

Friday, October 24, 2008

Utamakan kriteria kelayakan dalam memilih pemimpin

DARI segi realitinya hari ini bukan senang untuk mencari pemimpin yang benar-benar sempurna yang disayangi, dipercayai, berkeperibadian dan pemimpin yang abadi. Oleh itu dalam usaha kita membuat pilihan antara seorang pemimpin yang baik dengan pemimpin yang tidak baik, pertimbangan yang waras dan penuh tanggungjawab perlu diutamakan demi kepentingan bangsa dan agama serta kehidupan generasi yang akan datang.

Prinsip pemerintahan Islam

POLITIK atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintah negara. Jawatan pemimpin dan pemerintah bukan merupakan satu pekerjaan yang kekal atau berbentuk warisan. Jawatan ini adalah berkaitan dengan amanah Allah kepada individu yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

Wednesday, October 22, 2008

Betulke Datuk Ismail Kijo menang tanpa bertanding...

Saya dengar ramai yang merasa kecewa dan sedih......dan ramai le Ketua-Ketua Cawangan yang tidak menyokong beliau akan diketepikan..............

Dan Persidangan Bahagian Ampang pada 27/10/08 ni boleh dikategorikan sebagai Persidangan 'OLOK-OLOK' aje kot....kerana ramai perwakilan akan jadi ...........

Monday, October 20, 2008

Elak sembarang pilih pemimpin

Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan negara.Kebijaksanaan pemimpin sebagaimana Nabi Muhamad SAW berjaya meletakkan Islam dipuncak kemasyhuran.
Sebab itu Allah berfirman yang maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada ulul amri (orang yang berkuasa) dikalangan kamu .....(an-Nisaa': 59)
Namun ketaatan yang dituntut itu bukanlah sembrono sebaliknya ia perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam.


Ulasan: Dr Atikullah Abdullah, Pensyarah Kanan Rancangan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Sunday, October 19, 2008

Jika anda sayangkan UMNO baca artikel dari TUN Mahathir.

Wahai ahli-ahli UMNO yang masih ada rasa sayang kepada Parti UMNO, bacalah artikel yang ditulis oleh TUN di blognya.

Terlalu banyak pengajaran dan ingatan dari TUN....

Terima Kasih kepada Datuk Dr Maamor Osman

Sungguh meriah Majlis Hari Raya yang di anjurkan oleh Datuk, ramai Ketua-Ketua Cawangan yang hadir, Ezam, Dr Ridhuan, SB Mandali, MIO Mohamad dan Mazli serta Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU.

Beginilah Kalau nak jadi Pemimpin...seperti kata Datuk Rais Yatim, kalau dah bagus tidak payah melobi.

55 Pemuda Cawangan di Ampang di arah bersidang semula.

Inilah gara-gara permainan bekas KP bersama UMNO Bahagian Ampang.

Kenapa boleh kata terlepas pandang? atau saja-saja nampak tapi buat-buat tidak nampak.

Kenapa nak mempertahankan perkara yang telah termaktub di dalam Pelembagaan.

Siapa yang memalukan UMNO Bahagian Ampang? Pemuda Ampang / atau mereka-mereka yang ada kuasa di Bahagian Ampang.

Persidangan Bahagian Ampang ditunda ke 27/10/2008

Kenapa tidak menunggu Persidangan Pemuda?
Kenapa dibuat secara tergesa-gesa?
Ada agenda tersembunyi ke UMNO Bahagian Ampang?

Friday, October 17, 2008

Berita Harian 17/10/08 - Pemuda Ampang

Kepada semua pembaca-pembaca blog.....Bacalah Berita Harian hari ini di muka surat 6 berkenaan Pemuda Ampang.

Thursday, October 16, 2008

Ingat fakta sejarah Tanah Melayu - Utusan 15/10/08

Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.
Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.
Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.
Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.
Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.
Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.
Diterima
Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.
Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.
Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).
Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).
Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.
British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.
British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.
Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.
Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.
Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.
Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).
Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.
Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.
Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.
Tidak Logik
Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.
Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.
Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.
Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.
Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".
Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).
Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.
Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.
Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.
Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.
Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.
Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.
Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.

Majlis Hari Raya Datuk Dr Maamor Osman

Tarikh : 19 /10/ 08 (Ahad)

Alamat : No.22, Jalan 1/2, Seri Taman Baru, Ampang Tasek

Masa : 1 ptg hingga 7 petang.

Wednesday, October 15, 2008

Haslinda Zerain...jangan terlalu tinggi cita-cita anda

Wahai Haslinda Zerain, Ketua Puteri Ampang, Calon ADUN Bkt Antarabangsa PRU12....Janganlah kamu bercita-cita tinggi hendakkan jawatan Naib Puteri UMNO Malaysia.

1. Jagalah Puteri Ampang dahulu....yang boleh dikategorikan ADA tetapi macam tidak wujud.

2. Tiadanya program-program dari Puteri Ampang.

3. Tiada perancangan untuk menarik ahli-ahli puteri baru.

4. Tiada laman WEBSITE yang memaparkan idea dan wawasan dari Puteri Ampang.

5. Tiadanya Banner dari Puteri Ampang semasa bulan Puasa & Hariraya.

6. Terlalu banyak kalau hendak ditulis lagi....biarlah pembaca-pembaca blog yang bagi komen ya.

Laporan dari UMNO Bahagian Ampang ke UMNO Selangor

Hanya 8 Cawangan sahaja tidak disahkan....semuanya adalah dari Cawangan-cawangan yang mencalonkan Datuk Maamor...

Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi UMNO Ampang kerana kehadirannya ke UMNO Selangor tidak diterima kerana ...........Faham-faham sahajalah.

Kenapa tidak di terima....mungkin terlalu banyak penipuan dilakukan kot.

Tuesday, October 14, 2008

UMNO Bahagian Ampang kepanasan.....

Kedengaran di sana-sini Persidangan UNNO Bahagian Ampang di tangguhkan ke satu tarikh yang tidak diketahui sehingga kini.

Setelah perkara-perkara berikut selesai:-

1. Persidangan semula Pemuda-Pemuda Cawangan.
2. Cawangan yang ada sampai 7 perwakilan ke Persidangan bahagian seperti Cawangan Salleh Tawil, Yusof Rahman, Shukur....kebanyakkan nya dari Cawangan yang menyokong kuat Datuk Mail ...tapi ahli takda....orang kata buat tandatangan sendiri.Kenapa jadi macam ni....kalau nak menang jangan le mengajar orang untuk menipu, akhirnya terjerat diri sendiri.

Monday, October 13, 2008

Intipati Ucapan Ketua Wanita Ampang

Intipati ucapan yang dikategorikan sebagai yang amat tiada kualiti dan tiada wawasan.

1. Tidak membuat majlis Tadarus semasa bulan puasa kerana hanya terima RM 5000.00 sahaja, tidak cukup katanya.
2. Memberitahu perwakilan yang beliau pergi 'Honeymoon' di Bali dengan suami baru.
3. Terus melantik Ketua Penerangan dan Bendahari.

Adakah begini ucapan seorang yang bernama KETUA....amat memalukan, buktinya hampir 80% perwakilan keluar selepas selesai pengundian pada pukul 2 petang, tidak menunggu keputusan yang telah dijangkakan.

Sunday, October 12, 2008

Tahniah kepada Pn. Hjh Atikah Binti Adom

Mulai hari ini beliau di gelar 'Datuk Hjh Atikah Binti Adom' , DMSM, menerima pingat yang membawa gelaran Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau merupakan Pengarah Urusan ATK Communication Sdn Bhd, pakar motivasi dan salah seorang AJK Bahagian Ampang.

UMNO Bahagian Ampang sepatutnya menerima pandangan-pandangan beliau untuk memantapkan lagi UMNO.

Wasalam.

Ketidaktelusan dalam Pemilihan AJK Wanita Bahagian Ampang 2008

Sedih dan mendukacitakan itulah kesimpulan yang boleh di ambil dari Persidangan Pergerakan Wanita Bahagian Ampang 2008.

Kesimpulannya:-

1. Hampir 90 % AJK yang dipilih tidak mempunyai pendirian dan kelayakkan untuk memimpin Wanita UMNO Bahagian Ampang.
2. Ketidaktelusan dalam pemilihan AJK.
3. Tiada perancangan untuk menguatkan Pergerakan Wanita Bahagian.
4. Ucapan Ketua Wanita yang tiada kualiti dan tiada wawasan.
5. Kebanyakkan AJK yang yang dipilih tidak mempunyai pengetahuan politik dan hampir semuanya adalah Pak turut.
6. Lebih kepada kepentingan diri sendiri dan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

Majoriti ahli-ahli yang ditemui merasa marah dan kecewa...dan ditakuti nanti UMNO hanya tinggal nama sahaja.

Wasalam.

Datuk Ismail Kijo akan pastikan tiada persidangan semula untuk Pemuda Cawangan.

Dalam ucapan beliau semasa merasmikan Persidangan Wanita Bahagian 2008 yang diadakan di Kelab Darul Ehsan pada 12/10/2008.

Ini menujukkan beliau tidak memahami perlembagaan UMNO.

1. Mempertahankan bekas KP yang telah MUFLIS.
2. Mengingkari arahan dari MT UMNO, yang mengarahkan diadakan persidangan semula.
3. Mengesahkan cawangan yang tidak cukup kurom untuk bersidang.

Berdasarkan kepada hanya sebahagian dari perkara-perkara diatas. Merasakan beliau dan sekutu-sekutunya sepatutnya digantung dari bertanding dan memegang jawatan dari UMNO.

Wasalam.

Thursday, October 9, 2008

Pemuda Cawangan-Cawangan mungkin diarah bersidang semula

Setelah banyak masalah yang berlaku di peringkat pemuda bahagian, dijangkakan persidangan pemuda bahagian yang dijadualkan pada 12/10/2008 ditangguhkan setelah semua pemuda cawangan selesai mengadakan persidangan semula.

Wahai Abu Zahrin sebagai Pemangku Ketua Pemuda Bahagian, lakukan yang terbaik dan berdasarkan kepada perlembagaan parti.

Kepada Kroni-kroni bekas KP...sedarlah bahawa ini semua adalah berdasarkan kepada perlembagaan parti dan bukan kerana kepentingan peribadi.

Wasalam.

Pilihlah Pn Jamaliah Mad Aris sebagai Naib Ketua Wanita Bahagian Ampang.

Salam,

Setelah membuat analisis dari pembaca-pembaca blog, ahli-ahli wanita UMNO dan pandangan masyarakat di Ampang terhadap beliau, berikut adalah kesimpulannya:-

1. Seorang yang Amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya.
2. Bergaul dan berinteraksi dengan baik pada semua peringkat umur.
3. Disukai oleh masyarakat setempat.
4. Tiada sikap ego dan meninggi diri.
5. Mempunyai pengetahuan politik yang amat baik, bekas naib Ketua Wanita Bahagian Ampang.
6. Seorang yang berjuang kerana Parti dan bukan kerana diri sendiri.

Oleh itu kepada semua ahli-ahli perwakilan wanita ke Persidangan Wanita pada 12/10/2008 di Kelab Darul Ehsan pukul 9.00 pagi di Dewan Cempaka.

Buatlah keputusan yang terbaik, dan pilihlah Puan Jamaliah Mad Aris sebagai Naib Ketua Wanita dan AJK-AJK Wanita Bahagian yang Amanah, Ikhlas, Boleh bekerja kerana Agama, Bangsa dan Negara.

Wassalam.

Wednesday, October 8, 2008

Apa dah jadi Persidangan Pemuda Bahagian

Pemuda Bahagian Ampang mungkin tidak bersidang....kenapa ya????

Sunday, October 5, 2008

Persidangan UMNO Bahagian Ampang 2008

Persidangan UMNO Bahagian Ampang akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 19hb Oktober 2008(Ahad)

Ahli-Ahli UMNO yang mewakili Cawangan-cawangan di Bahagian Ampang, buatlah pemilihan yang tepat dan telus. Jadilah wakil yang ada kualiti dan bermaruah.

Saturday, October 4, 2008

Kehilangan Banner Hari Raya Pemangku Ketua Pemuda Bahagian Ampang mengejutkan....

Siapa yang lakukan ......

1. Parti Pemerintah di Selangor?

2. Pemuda UMNO Bahagian Ampang Sendiri?

3. UMNO Bahagian Ampang?

4. MPAJ?

Hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.....balasan akan diterima bagi mereka yang berhati busuk.

En Abu Zahrin, Pemangku Ketua Pemuda Bahagian...bersabarlah kerana ini semua adalah dugaan dalam politik.

Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian Ampang

Beri Analisis kepada Calon-Calon Berikut:-
1. Ketua Wanita - Pn. Dr. Rozaidah Talib, Bukit Indah Fasa II, menang tanpa bertanding.
2. Naib Ketua Wanita - i) Pn Noraidah Wahab, Kg.Berembang
Lawan
ii) Pn Jamaliah Md Aris, Kg. Stesyen Ampang

Calon-Calon yang bertanding untuk AJK Wanita
1. Pn. Azimatun Che Mat, Tmn Uda Jaya
2. Pn. Azni Dollah, Kg.Tasek
3. Pn. Atikah Adom, Tmn Ampang jaya
4. Pn Afsofiah Jono, Tmn Sri Watan
5. Pn. Rahani Rahman, Bandar Baru Ampang
6. Pn. Aizan Mat Ramli, Pangsapuri Cempaka/Kemboja
7. Pn. Rosnani Redzuan, Tmn Rasmi Jaya
8. Pn.Habibah Abu Bakar, Pinggiran Tasek Permai
9. Pn. Zainab Ahmad, Rumah Pangsa Taman Kosas
10. Pn.Zarina Ismail, Bkt Antarabangsa
11. Pn Khamsiyah Mohd Rashid, Kg.Melayu
12. Pn. Pazah Salleh, Kg. Melayu Tambahan
13. Pn. Kalsom Yusof, Sri Muhibbah
14. Pn.Naz Azra Sabtu, Kg. Ampang Indah
15. Pn Sahbanu Baba, Kg.Tasek Permai

Beri pandangan yang positif yang berkaitan dengan politik sahaja akan dikeluarkan di blog ini.

Calon-Calon Wanita untuk AJK Bahagian Ampang.

Beri analisis kepada calon-calon Wanita berikut :-

1. Pn. Atikah Adom -Ketua Wanita Amapng Jaya, dikenali ramai, ada personaliti dan wawasan.

2. Pn Rahani Rahman - Ketua Wanita Bandar Baru Ampang, ada wawasan dan pendirian yang tetap.

3. Pn Habibah Abu Bakar - Ketua Cawangan Pinggiran Tasek Permai, satu-satunya wanita yang menjadi Ketua Cawangan di Bahagian Ampang, tegas dan berjuang untuk parti.

4. Pn. Shabanu Baba - Ketua Wanita Kg.Tasek Permai, biasa-biasa sahaja, mengikut arah angin, sukar dibaca pendirian beliau.

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin Daripada,
Sayangkan UMNO & Keluarga

Baru nampak Banner dari UMNO Bahagian Ampang.

Terima Kasih UMNO Bahagian Ampang, kerana baru nampak masih wujud.

Tunjukkan kekuatan UMNO AMPANG.

Tuesday, September 23, 2008

Persidangan Wanita Bahagian Ampang.

Persidangan Wanita Bahagian Ampang akan diadakan pada 12 hb Oktober 2008 (Ahad).

Wakil-Wakil Wanita Cawangan,

1. Berikan idea-idea yang bernas.
2. Minta Wanita Ampang menyediakan program yang berterusan seperti:-
i) Program menambah ahli wanita UMNO
ii) Program penerangan kepada ahli-ahli UMNO dan penduduk setempat.
iii) Menerbitkan Buletin Wanita BN Ampang setiap 2 bulan.
iv) Program Mesra ahli-mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli Wanita dan penduduk setempat.
v) Program Ekonomi - yang mana meningkatkan ekonomi kepada ibu-ibu tunggal & Wanita di Ampang.
vi) Program Agama - Marhaban, Nasyid, Taddarus, Kelas Agama dan banyak lagi.
vii) Program Sayangkan Parti kerana Agama, Bangsa dan Negara.
viii) Program Pendidikan - yang mana menjadi aset kepada kemajuan Negara.

Wasalam....Jangan jadi wakil yang datang hanya mendengar dan menerima sahaja.

Monday, September 22, 2008

Pertandingan yang tidak TELUS di UMNO Bahagian AMPANG.

Pertandingan yang tidak telus dari UMNO Bahagian Ampang, selepas Mesyuarat Cawangan selesai:-

1. Datuk Dr Makmor Osman dikatakan tidak layak bertanding sebagai Ketua Bahagian.

2. Bekas ADUN Bukit AntaraBangsa, Calon Parlimen Ampang dan Naib Ketua Bahagian En. Azman Wahid tidak layak bertanding kerana tidak cukup pencalonan, sedangkan hampir semua cawangan mencalonkan beliau.

3. Membenarkan Calon yang tidak layak dicalonkan sebagai Calon Ketua Pemuda sehingga tidak ada seorang pun calon yang layak bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian.

4. Sheikh Aziman yang boleh di bilang dengan jari pencalonannya sebagai Naib Ketua Bahagian, tiba-tiba mendapat pencalonan yang tertinggi.

5. Datuk Ismail Kijo (Calon Ketua Bahagian) dan En Aziz Derus (Timbalan Ketua Bahagian) tiba-tiba menang tanpa bertanding.

6. Abu Zahrin memangku jawatan Ketua Pemuda Bahagian.

Jika beginilah cara pemimpin diAmpang, jangan MIMPI UMNO akan terus wujud di Ampang, hampir semua ahli-ahli UMNO di Ampang yang terlalu kecewa dengan perkara ini.

UMNO Malaysia tolonglah perbetulkan keadaan ini....KAMI semua sayangkan Parti UMNO.

Saudara Azman Wahid dan Datuk Dr Makmor buatlah laporan ke Lembaga Displin UMNO untuk menyelamatkan UMNO dari terus lenyap.

Wassalam,

Sayangkan UMNO

Sunday, September 21, 2008

Pak Lah perlu terima pandangan akar umbi.

Di sana-sini ahli-ahli UMNO bercerita berkenaan peralihan kuasa.

Semua pemimpin-pemimpin atasan di peringkat bahagian pun mestilah terima hakikat dan pandangan dari ahli-ahli akar umbi.

Jika dah ramai yang tak suka tu...paham-paham sahaja lah......takkan sampai orang ramai nak bagi tahu.

Minta Kepastian dari Pembaca-pembaca blog di Ampang ni.

Betul ke Datuk Ismail Kijo menang tanpa bertanding?

Kenapa Datuk Dr Maamor tidak dibenarkan bertanding? Beliau di sabotaj ke?

Mengapa Abu Zahrin memangku Jawatan Ketua Pemuda? Mana KP Safarizul?

Semua Calon Ketua Pemuda tak layak bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian? Sapa yang layak?

Sunday, September 14, 2008

Jangan menangguk di air keruh.................

Mengapa pemasalahan dalaman UMNO dibincangkan secara terbuka di dalam akhbar?

Perbincangan "TERBUKA' ini akan menjadikan parti UMNO semakin 'PARAH'?

Wahai Pemimpin-pemimpin UMNO berbincanglah masalah dalaman secara 'TERTUTUP' untuk kebaikkan Parti yang kita sayangi ini.

Friday, September 12, 2008

Apa yang kita perlu lakukan sekarang ni?

Hak-Hak Orang Melayu Makin tercabar!!!!
Agama Islam Dipermainkan!!!!
Kaum-Kaum lain makin kuat bersuara!!!!
Akhbar2 makin menunjukkan kehebatannya!!!!


Wahai orang-orang Melayu...Bersatulah kita, walaupun berlainan Parti Politik.

Tuesday, September 9, 2008

Mencadangkan UMNO Bahagian Ampang mengadakan 'MAJLIS BERBUKA PUASA & BERSEMBAHYANG TARAWIH'

Disini saya mencadangkan supaya UMNO Bahagian Ampang mengadakan 'MAJLIS BERBUKA PUASA' dengan aturcara seperti berikut:-

1. Ceramah Ramadhan - panggil Ustaz-Ustaz yang bekelayakan di Ampang, saya rasa ramai.
2. Bacaan Al-Quran
3. Buka Puasa
4. Solat Maghrib
5. Makan Malam
6. Solat Isyak dan Tarawih (8 rakaat)
7. Moreh

Datuk Hj.Ismail Kijo & Datuk Dr. Maamor mestilah hadir.....

Sunday, September 7, 2008

Pemimpin UMNO perlu ada KPI(Key Performance Indicator)

Pemimpin Ampang di Peringkat Bahagian dan Cawangan.Wujudkan lah KPI supaya memudahkan Pemimpim-pemimpin bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan disenangi oleh rakyat.

BANGUNAN UMNO AMPANG umpama bangunan terbiar....

Sekarang ni semua Dewan-dewan telah dan akan diambil alih oleh MPAJ dan Parti Pembangkang.

Saya minta di sini percepatkanlah pembinaan Dewan tersebut supaya semua ahli-ahli UMNO boleh bersatu dan berbincang untuk kepentingan Melayu dan Agama ISLAM.

Mintalah Peruntukkan dari UMNO Malaysia, sumbangan dari ahli-ahli UMNO, dan badan-badan korporat.....jangan berdiam diri, cepatlah bertindak.....

KUBUR BARU AMPANG dibantah oleh orang BUKAN ISLAM

Apa tindakan KITA?

Mana Pemimpin Melayu Ampang, Pemimpin UMNO AMPANG, YB Zuraidah(Ahli Parlimen Ampang)- PKR, YB Khasim(DUN Lembah Jaya) - PAS, YB Azmin(Bukit Antarabangsa)-PKR.

Mana mereka semua di atas ni.....sedang mengumpulkan harta ke????????

Monday, September 1, 2008

Apa pandangan anda Pembaca-pembaca blog.

1. Membuat Blog baru yang mengisahkan keadaan di Ampang. Adakah perlu?
2. Memberi pandangan dan komen-komen kepada YB yang mewakili Ampang sekarang ini, sudah hampir 6 bulan, langsung tidak kelihatan perubahan di Ampang.
3. Perjalanan Parti-Parti politik di Ampang.

Terbitnya Blog ini kerana kekecewaan saya terhadap semua Parti-parti Politik dan Masyarakat di Ampang yang tidak menghargai erti Kemerdekaan ke 51.....terlalu kurangnya bendera-bendera Malaysia di rumah2 dan kedai2, tiadanya banner2 yang menaikkan semangat kemerdekaan.

Jangan nanti, kemerdekaan hanya tinggal nama sahaja.

Wassalam, dari yang bersyukur atas erti kemerdekaan.

Saturday, August 30, 2008

Dewan Orang Ramai di ambil alih oleh MPAJ.

Wahai ahli-ahli UMNO di Bahagian Ampang...........

Lepas ni kita semua ahli-ahli UMNO akan bermesyuarat di hadapan rumah dan mungkin di bawah pokok....sedarlah akan kesilapan...bangkitlah, hapuskan kepentingan diri....

Bulan Puasa ni apa Program UMNO Bahagian Ampang.

Tiada kedengaran pun apa-apa Program dari UMNO Bahagian Ampang.

Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian pun senyap...bangkitlah.................

Thursday, August 28, 2008

Ada kedengaran wakil-wakil cawangan ke Persidangan ke Bahagian akan ditukar.....

Kedengaran sekarang ini mana wakil-wakil cawangan yang dipilih ke Persidangan Bahagian UMNO Ampang ...akan ditukar jika tak menyokong Dato Mail.....

Jagan main kotor Dato.....nanti kecoh dibuatnya.

Dengarnya dah mula strategi ni....

Wednesday, August 27, 2008

UMNO Bahagian Ampang...buat le banner untuk Bulan Puasa yang akan datang ni....

Masih tidak kelihatan banner dari UMNO Bahagian Ampang........

Jangan lewat-lewat, tunjukkan kesungguhan UMNO Bahagian Ampang.

Kita UMNO perlu lakukan perubahan dari sekarang...........

Seperti Kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin cara kita berkempen ni " SUDAH BASI dan TIDAK DITERIMA RAKYAT" dan perlu lakukan perubahan dengan segera dan jangan pandang ringan.

Halusi betul-betul kata Tun Mahathir dalam ucapannya....dan jadikanlah Tun sebagai penasihat UMNO....22 tahun sebagai PM, kita merasakan Tun sebagai Perisai Parti Keramat UMNO.

Jangan bakar kelambu kerana nyamuk seekor, Kita perlu bersatu dan lakukan perubahan untuk UMNO terus relevan untuk rakyat.

Bulan Puasa dah hampir, UMNO Bahagian Ampang takda ke buat Majlis Sambut Bulan yang mulia ni....

Mesyuarat Cawangan pun dah habis....cadangkan buat Majlis Menyambut Bulan Ramadhan, lepas tu bersembang untuk kebaikkan UMNO betul tak.....

Monday, August 25, 2008

Pengumuman 1 ...Dari Panglima

Salam,

Pengumuman Datuk Dr. Maamor boleh bertanding satu berita yang perlu disambut baik buat mana-mana kumpulan. Pertandingan di peringkat tertinggi pucuk pimpinan UMNO Bhgn Ampang perlu dilihat satu perjuangan sihat tanpa lupa jasa & sumbangan Dato' Mail di samping kita perhalusi idea & perubahan yg akan dibawa oleh Dr. Maamor.

Pembaca-pembaca Blog, berikan idea2 dan tindakkan2 yang perlu untuk kuatkan UMNO.

Diharapkan semua pembaca-pembaca Blog ini dapat memberikan idea2 untuk saya kumpulkan.

Akhirnya nanti saya akan buka untuk perbincangan sesama pembaca-pembaca blog untuk kebaikkan UMNO.

Pendapat ANDA akan dikeluarkan setiap hari untuk dibincangkan.

Terima Kasih, Wassalam.

Sunday, August 24, 2008

Datuk Dr Maamor Tetap boleh bertanding...

Datuk Ismail...menang tanpa bertanding itu hanya gimik politik dan permainan politik di Ampang aje.

Datuk Dr Maamor namanya ada di Kg. Tasek Tambahan sebagai ahli ahli yang telah jelaskan Yuran 2007.

Kita Boleh berkongsi maklumat....tapi yang baik & menjadi pengajaran, peringatan supaya jangan ulangi lagi....

Wednesday, August 20, 2008

Kenapa Calon Naib Ketua Bahagian Azman Wahid diam membisu?

Diam-diam berisi kot?

Tapi bagus juga, tak da cerita yang tak sedap didengar?

Dia pun tak da le paksa cawangan untuk calon kan dia? Tapi banyak yang calon kan dia.

Sapa tu budak JAWA yg dah tolong SHUKUR dan TOK Mail?

Kongsi-kongsilah baru kita tahu kisah sebenarnya?

Cerita kerana benarnya ni ada kebaikkannya...betul tak.

Tuesday, August 19, 2008

Saleh Tawil & Shukur (Pengerusi Tetap) lagakan Dr.Rozaidah & Pn. Jamaliah untuk selamatkan Pn.Noraidah.

Dengarnya betul cerita ni.....tapi Pn Jamaliah akan tetap bertanding No. 2.

Entah apa strategi orang-orang ni untuk selamatkan Pn.Noraidah.

Sebelum ni sanggup jumpa Pn Jamaliah supaya lawan Dr.Rozaidah.

Pujian kepada Puan J, kerana tetap pendirian.

Bagaimana dengan Yusuf Janggut????

Dulu dengar dia ni merajuk dengan Datuk Mufti.......tiba-tiba muncul pulak masa pemilihan ni....

Kenapa ya????

Masyuk kot ???????????

Atau tuntut ilmu baru....?????

Monday, August 18, 2008

Datuk Ismail kena 'TIPAH TERTIPU' gara-gara permainan ASRI HUSSIN

Dia ingat ASRI ni ...sudah cukup bagus, akhirnya Datuk juga kena TIPAH TERTIPU, dia tetap dapat pau Datuk....yang pupus Datuk juga.....?????Fikirlah Datuk????

Saleh Tawil tak tahu menulis...itu ke orang UMNO...memalukan???????? sebab tu UMNO Kalah PRU12.

Betul ke cerita ni...Saleh Tawil, Ketua Cawangan yang tak tahu menulis.....apa lagi melayari internet.

Memalukan???????

Ketinggalan??????

Pegi sekolah rendah dulu beb, baru boleh main politik...????

Jadi SB main pondok-pondok boleh le....

Sunday, August 17, 2008

Calon Naib Ketua Wanita Pn Jamaliah Md Aris boleh bertanding...

Tahniah kepada Pn Jamaliah, hanya mereka yang amanah dan ikhlas akan sentiasa di bantu dan dimakbulkan doanya oleh ALLAH ...

Ingat janji anda, untuk berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara.....

Si Syed Kaber tu orang KP sekarang.....

Kedengaran KP sekarang tak boleh bertanding kerana ada masalah teknikal katanya...betul ke..., Si Kaber le jadi tunggangannya.....betul ke?

Datuk Dr Maamor B Osman boleh bertanding...

Jika benar perkhabaran ini....Tahniah kepada Datuk Dr Maamor dan amat menakutkan bagi Datuk Ismail Kijo.....betul ke cerita ini.

Kalau betul barulah adanya ketelusan....jangan selalu suka main kotor.

Sunday, August 10, 2008

USUL dari UMNO Cawangan Pangsapuri Cempaka / Kemboja

Ketua Wanita Cawangan Pangsapuri Cempaka / Kemboja, Pn. Aizan Bt Mat Ramli telah mengusulkan supaya UMNO dan Kerajaan melarang Parti-parti Komponen , Parti Pembangkang, dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dari mempersoalkan isu agama Islam, Hak-hak orang Melayu dan mencabar kedudukan Sultan-Sultan. Ini secara tidak sengaja akan membangkitkan isu-isu perkauman.

TAHNIAH kepada beliau sentiasa memikirkan kekuasaan orang-orang Melayu.Kita perlu ada orang yang sentiasa memperjuangkan bangsa Melayu kerana Bangsa, Agama dan negara.

Persidangan Cawangan Pangsapuri Cempaka / Kemboja menjadi tumpuan

Kehadiran ramai pemerhati dari AJK Pemuda Bahagian...termasuk KP dan pengikutnya pada Persidangan Pemuda Cawangan pada pukul 3.00petang amat menarik sekali.

Adakah beliau merasa tercabar, kerana ramai juga Ketua-ketua Pemuda Cawangan yang tidak menyetujui beliau.

Pada sebelah malamnya pula, Persidangan Cawangan di adakan pada pukul 9.00mlm, seperti sebelah petangnya ramai AJK Bahagian, AJK Pemuda dan pengikutnya hadir yang mana dijangkakan hampir 40 orang menjadi pemerhati diluar dewan.

HAK menentukan semua calon-calon yang bertanding adalah dari kalangan 49 ahli yang hadir dan TAHNIAH kepada ahli-ahli yang diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan calon-calon yang bertanding diperingkat bahagian.

Politik 'Wang' berleluasa di Persidangan Cawangan

Seperti apa yang diperkatakan sekarang ini oleh semua pemimpin tertinggi UMNO dan memang berlaku di Persidangan Cawangan.

Parti UMNO tidak akan bertahan lama jika keadaan ini tidak dikawal secepat mungkin.

PAK LAH, NAJIB tolonglah hapus gejala ini .....untuk UMNO terus hidup dengan BERSIH dan SIHAT....

Thursday, August 7, 2008

Jadual Cawangan yang bersidang minggu ke 4.

1. 8/8/08 (Jumaat)

i) Taman Seri Watan, 8.30 mlm, Dewan Taman Seri Watan



2. 9/8/08(Sabtu)

i) Seri Ampang, 3.00 ptg.

ii) Pinggiran Kampung Pandan Dalam, 8.30 mlm, No.23A, Jln Nirwana 48, Tmn Nirwana

iii) Taman Nirwana, 3.00 ptg, Dewan Tmn Nirwana

iv) Pusat Bandar Tmn Keramat, 9.00 mlm, Dewan Jalan Enggang



3. 10/8/08(Ahad)

i) Taman Tun Abd Razak, 3.00 ptg, Pej Umno Bhg Ampang, 3D, Pusat Komersial ARA

ii) Pangsapuri Cempaka/Kemboja, Tmn Ampang Indah, 9.00 mlm, Dewan Orang Ramai

iii) Tmn Bukit Mulia, Bkt Antarabangsa, 8.30 mlm, Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa

iv) Taman Ampang Indah, 8.30 mlm, No.51, Jln Indah 2/4, Tmn Ampang Indah

v) Sri Tanjung, 8.30 mlm, Sek Tabika Kemas, Kg.Sri Tanjung

vi) Kampung Pinggir, 9.30 mlm, Dewan Kg. Ampang Indah.



Datanglah beramai-ramai sebagai pemerhati. Selamat Bersidang semua.

Wednesday, August 6, 2008

Persidangan Minggu ke- 4 akan bermula 8-10/8

Esok....akan diberitahu cawangan yang akan bersidang untuk minggu ke 4.

Perkara-perkara yang dijangkakan:-
1. Pelobi-pelobi akan melakukan tugas yang lebih aggresif
2. Ugutan dan ancaman yang berlaku secara terang-terangan, mungkin ada kekerasan, minta-minta dijauhkan le.....
3. Rasuah akan berterusan...............tak tahu nak jadi apa. Pak lah tengok le.
4. Anasir-anasir luar akan berkeliaran, ingat ni parti samseng ke....????
5. Ada cawangan yang tidak boleh bersidang kerana tak sehaluan dengan bahagian.
6. Ada cawangan yang akan menentukan masa untuk berucap, kerana sebelum ni perasmi cakap yang bukan-bukan sehingga mesyuarat dihentikan atas arahan polis....dah lebih kul 12mlm ...yop....sengaja aje kerana tak sokong cai dia.
7. Cawangan tidak dibenarkan mengikut Pelembagaan UMNO, kena ikut arahan Wakil Bahagian, ingat ni parti dia ke.
8. Pemerhati di arah keluar dari Mesyuarat Cawangan....kerana dia orang ni kaki sibuk aje.

Selamat bersidang lagi....Cawangan-Cawangan mempunyai HAK Sendiri, dan mesti ikut Perlembagaan UMNO.

Tuesday, August 5, 2008

Kesian jika UMNO dibatalkan lagi..........

Tanda-tanda UMNO akan dibatalkan sekali lagi telah nampak...Pemimpin yang ada sekarang bukan berjuang kerana agama, bangsa dan negara, semuanya kerana kepentingan peribadi.

Yang akan menanggung kesusahan di kemudian hari adalah anak bangsa kita sendiri....Adakah kita mahu melihat semua ini dari berlaku.....FIKIRKANLAH

Sunday, August 3, 2008

Rasuah, Ancaman & Ugutan di sana sini.........

Seperti yang di perkatakan oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.
Pada pemilihan kali ini dibayangi unsur ‘kemaruk kuasa’ dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi bahagian.
Menurutnya, beliau menerima banyak maklumat bahawa gejala politik wang agak berleluasa dalam mesyuarat cawangan yang bermula tiga minggu lalu.
“Malah, apa yang membimbangkan beliau ialah wujud unsur-unsur ugutan dan ancaman di samping kehadiran anasir luar yang dibawa masuk dalam politik UMNO.

Kalau begini sikap orang-orang UMNO, jangan bermimpi untuk menguasai negari-negeri yang ditawan pembangkang

Saturday, August 2, 2008

Wanita sebagai Ketua Cawangan.

Tahniah kepada Pn.Habibah kerana menjadi Ketua Cawangan dari kalangan Wanita

UMNO 'dikuburkan' oleh Orang UMNO Sendiri.

Lihatlah dari apa yang berlaku sekarang ini dalam pemilihan diperingkat cawangan.Ahli-ahli UMNO diperingkat Cawangan sendiri kecewa dengan permainan orang-orang bahagian yang lebih mementingkan kuasa dan diri sendiri dari memikirkan parti UMNO kerana agama, bangsa dan negara.

Wahai orang-orang Bahagian, kita hidup didunia ini hanya sementara, berbuat baiklah kamu di dunia ini semuga kamu mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

Amin.

Thursday, July 31, 2008

Imej UMNO



Persidangan Minggu Ke 3 Bermula 1-3/8/08

Lakukan perubahan terbaik bermula hari ini...........1/8/2008

Dari pencalonan Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Wanita....

Ahli-Ahli UMNO di Cawangan mempunyai HAK mereka untuk menentukan siapa calon pilihan mereka.

Pilihan ANDA adalah untuk kesenambungan UMNO dimasa hadapan.

Mengecewakan ??????

Penyandang Naib Ketua Wanita Ampang Pn.Noraidah Abd Wahab memarahi Pn.Hasni(Ketua Wanita Cawangan Tmn. Datuk Ahmad Razali) kerana tidak mencalonkan beliau sebagai Naib Ketua Wanita sehinggakan Pn.Hasni terlalu kecewa dengan perjalanan UMNO sekarang......

Apa dah jadi ni?
Laporan ke Lembaga Displin UMNO Malaysia mesti dilakukan?
Beliau sepatutnya digugurkan dari bertanding? Adakah anda setuju......

Tuesday, July 29, 2008

AL FATIHAH

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ybhg Datuk Setia Mufti B. Shuib , Bekas Ketua Bahagian Ampang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 6.00 petang 29 Julai 2008 di Rumah beliau.

Bersama-samalah kita sedekahkan AL FATIHAH semoga roh beliau dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

AL FATIHAH.

Monday, July 28, 2008

Datuk Dr Maamor dan Datuk Ismail Kijo bersaing rapat...

Kedudukan sehingga kini pencalonan Ketua Bahagian Ampang.

1. Datuk Ismail Kijo - 10 pencalonan
2. Datuk Dr. Maamor Osman - 9 pencalonan

2 Cawangan bersidang semula. Tahniah kepada kedua-duanya kerana melakukan persaingan yang sihat.

Sunday, July 27, 2008

En. Abd Jalal B. Abd Bar, Calon Ketua Pemuda Bahagian semakin mendapat sokongan

Mengejutkan.......Pencalonan Abd Jalal B. Abd Bar, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pangsapuri Cempaka/ Kemboja, Taman Ampang Indah sebagai KETUA PEMUDA BAHAGIAN semakin meningkat. Tahniah kepada beliau, tapi mengapa????Anda sebagai ahli-ahli Pemuda di Bahagian Ampang tentu mengetahuinya...dan Naib Ketua Pemuda adalah dari Pemuda Enggang, Tahniah juga kepada Pemuda Enggang.

Gangguan lagi dalam Persidangan Wanita Cawangan.

Sekali lagi berlaku, Kali ini di Cawangan Bandar Baru Ampang dalam Persidangan Wanita.Ini menyebabkan Ahli-ahli Wanita Cawangan tidak dapat menjalankan Persidangan dengan TELUS dan IKHLAS. Laporan keLembaga Displin UMNO perlu dilakukan, supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

Azman Wahid akan kekalkan Naib Ketua Bahagian.

Tn. Azman Bin Wahid hanya akan mengekalkan Jawatan Sebagai Naib Ketua Bahagian sahaja.

Puteri Ampang ?

Ada lagikah Puteri Ampang? Wahai Puteri-Puteri Ampang , bangkitlah dari mimpi-mimpi indah............

Saturday, July 26, 2008

21 Cawangan dari 76 Cawangan yang dibenarkan telah bersidang.

Tahniah kepada 21 Cawangan UMNO Bahagian Ampang yang telah bersidang sehingga 27/7/2008. Malangnya 2 Cawangan di arahkan bersidang semula.

55 Cawangan akan bersidang lagi minggu hadapan...............Kita tunggu perkembangan seterusnya.

HIDUP UMNO.....HIDUP UMNO..................

Jangan ada Calon-Calon yang menang tanpa bertanding

Calon-calon yang masih memerlukan pencalonan dari Persidangan Cawangan.
Calon Ketua UMNO Bahagian:
1. Datuk Dr Maamor Osman - hampiri gelanggang perlukan sekurangnya 10 pencalonan lagi.

Calon Ketua Wanita UMNO:
1. Pn. Atikah Adom - perlukan 10 pencalonan lagi untuk bertanding.

Calon Naib Ketua Wanita UMNO
1. Pn Jamaliah Md Aris - perlukan 6 pencalonan lagi untuk bertanding.

Keputusan yang bijak dan terbaik adalah dari ahli-ahli Cawangan dan Wanita diCawangan.Lakukan pilihan yang bijaksana.

Berita Panas.............

2 orang AJK Bahagian UMNO Ampang kecundang.

1. Hj.Samsi Amat Tamsir - Ketua UMNO Cawangan Tasek Tambahan
2. Abdul Ghaffar Abdullah - Ketua UMNO Cawangan Kampung Berembang

Tahniah kepada ahli kedua-dua cawangan yang telah bersedia untuk melakukan perubahan di peringkat UMNO Bahagian.

Calon Ketua Wanita Ampang Dr Rozaidah Talib ganggu Persidangan Cawangan Dataran Fajar

Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang Dr Rozaidah Talib telah mencampuri urusan Persidangan UMNO Cawangan Dataran Fajar.
Apakah tindakan perlu dilakukan?
Adakah perlu dilaporkan Kepada Lembaga Displin UMNO?

Thursday, July 24, 2008

Berita Panas Minggu Depan....Tunggu????

Persidangan Cawangan di Kuasai Pemimpin Bahagian

Apa dah jadi ni? Wahai Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, bertegaslah dalam setiap keputusan.

Hanya wakil-wakil bahagian sahaja yang dibenarkan duduk dihadapan, yang lain-lain tu dipersilakan duduk dibarisan belakang, hanya sebagai PEMERHATI yang terhormat.

Bacalah buku tatacara persidangan, jangan tunjukkan kepandaian.

Skandal-Skandal Pemimpin di Ampang

Jika ada pembaca-pembaca blog mengetahuinya? Berkongsilah bersama-sama untuk mengetahui kisah yang sebenarnya.

Wednesday, July 23, 2008

Campur Tangan Pemimpin UMNO Bahagian Ampang

Di dapati ada Pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Ampang mencampuri urusan Persidangan di Cawangan. Apa perlu dilakukan? Anda sebagai ahli UMNO cawangan mempunyai jawapannya.

2 Cawangan UMNO di arah bersidang semula.

2 Cawangan UMNO telah diarahkan oleh UMNO Bahagian Ampang untuk bersidang semula.

Korum untuk persidangan mestilah 1/4 dari ahli yang telah membayar yuran.

Sunday, July 20, 2008

Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian AMPANG

Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Ampang 2008

Ketua Bahagian : Datuk Dr Maamor B. Osman

Timbalan Ketua Bahagian : Tuan Azman B. Wahid

Naib Ketua Bahagian : Tn. Hj. Aziz B Md Derus

Ketua Wanita : Pn. Atikah Bt Adom

Naib Ketua Wanita : Pn. Jamaliah Bt Md Aris

Ketua Pemuda : En Khairul Anuar B. Abd Kahar

Barisan Kepimpinan yang amanah, jujur, ikhlas, bersih, komited kerana agama, bangsa dan negara.

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Lagu UMNO
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan?

Apa pandangan anda sebagai Ahli UMNO ?

Era Peralihan Kuasa

YAB Presiden UMNO sekali lagi menyatakan bahawa pelan peralihan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden telah pun dipersetujui di antara mereka. Kami ahli-ahli biasa UMNO mengalu-alukan pengumuman tersebut.

Tapi ianya sekarang menjadi persoalan kerana pada masa ini, semua orang sudah pandai berpolitik, tak kira ahli parti atau tidak. Apa yang dijelaskan oleh presiden UMNO sedikit sebanyak melegakan keresahan ahli serta kepimpinan UMNO. Namun tidak semua terjawab. Persoalan baru timbul iaitu bila?Ia bakal meneruskan perdebatan, keresahan dan persoalan serta tandatanya.

Walaubagaimanapun peralihan kuasa ini lambat laun akan berlaku, tapi hanya masa yang akan menentukannya, tapi tetap bermain di fikiran kita BILA?

Perlunya Peralihan Kepimpinan di UMNO Bahagian Ampang

Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Ampang perlukan kepimpinan yang baru.

Ketiadaan YBhg Datuk Setia Mufti Bin Suib, kerana meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Ampang, amat memberi kesan kehilangan kepada keseluruhan ahli-ahli UMNO dan penduduk di Ampang.

Beliau adalah pemimpin yang sukar di cari ganti.

Untuk Ahli-ahli UMNO di Ampang, pilihlah calon-calon yang mementingkan rakyat dan orang Melayu.

Selamatkanlah 'UMNO' untuk generasi akan datang.

Daripada,

Sayangkan UMNO.

Saturday, July 19, 2008

UMNO Ampang, Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum,

Persidangan Tahunan Cawangan Kali Ke 5 bermula dari 17/7/2008 - 24/8/2008.

Menjadi Hak Kepada Ahli-ahli UMNO Cawangan di Bahagian Ampang untuk menentukan Calon-Calon yang akan bertanding di peringkat bahagian.

Calon-Calon hendaklah dikalangan mereka yang jujur, bersih, amanah, komited untuk perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Selamat Bersidang untuk Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dan diharapkan semua ahli-ahli UMNO diCawangan-Cawangan UMNO di Bahagian Ampang dapat menjalankan tanggungjawap sebagai ahli parti.

Daripada,

Sayangkan UMNO.