Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang.
Sehubungan itu Perdana Menteri tidak dapat menerima sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu `meluat’ dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan padu orang Melayu terhadap parti tersebut.
Adakah mereka semua sudah mendaftar mengundi????????? ...jika belum ayuh, gerakkan langkahmu.
Blog ini adalah untuk membuka minda dan memberi peluang kepada Seluruh Penduduk-Penduduk Ampang memberikan idea dan pandangan untuk kebaikkan UMNO Bahagian Ampang.
Wednesday, July 21, 2010
Monday, July 19, 2010
Cuba bayangkan jika Melayu hilang kuasa!
PERINGATAN demi peringatan dikeluarkan tentang Melayu mungkin hilang kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Lalu gesaan demi gesaan juga dilontarkan supaya orang Melayu dan Islam bersatu dan saling bekerjasama.
Sejak selepas Pilihan Raya Umum 1999 lagi, seruan supaya orang Melayu yang telah pecah kepada tiga kelompok - Melayu yang menyokong UMNO, Melayu yang sokong Pas dan Melayu yang bersimpati kepada Anwar Ibrahim dan PKR - kembali bersatu demi agama, bangsa dan negara.
Tetapi hasilnya sia-sia. Sampai sekarang pun banyak usaha ke arah perpaduan Melayu dianjurkan - namun masih menghampakan.
Terbaru peringatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan terhadap UMNO dan Pas yang masih gagal meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hingga boleh memberi kesan buruk dan mungkin hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Jika perkara itu terjadi maka akan berlaku satu bentuk penjajahan baru. Kita boleh bayangkan apabila tampuk pemerintahan Malaysia bukan lagi di tangan orang Melayu dan Islam.
Perkara-perkara yang menjamin hak Melayu dan bumiputera, agama Islam, Institusi Raja-Raja Melayu akan dirombak dan diganti dengan sistem yang merugikan orang Melayu dan Islam.
Ketika ini, perkara yang kita bimbang itu belum berlaku lagi. Tetapi ia boleh berlaku seperti dalam pilihan raya umum yang lepas apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Mujur Kerajaan Negeri Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional.
Jangan kita fikir 'kejutan' ini tidak akan berlaku lagi. Jangan juga kita anggap selama-lamanya orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah airnya ini?
Ingatlah, sekarang Malaysia bukan milik orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Ia juga kepunyaan kaum bukan bumiputera.
Walaupun kita mempunyai perlembagaan serta raja-raja yang akan menjaga dan memelihara hak kita, tetapi semua itu boleh diubah apabila Melayu hilang kuasa. Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda mengikut kehendak siapa yang memegang kuasa majoriti ketika itu.
Sebab itu kita amat bimbang apabila orang Melayu/ Islam berpecah. Undi untuk calon Melayu sudah tentu berpecah, maka apa yang selama ini kita pertahankan mungkin tidak akan bermakna lagi.
Pentadbiran sebelas bulan pakatan pembangkang di Perak yang dikuasai DAP, contoh yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Walaupun ada Menteri Besar daripada orang Melayu tetapi penjagaan hak-hak Melayu diketepikan. Menteri Besar Melayu ketika itu hanya menjadi boneka kerana Pas tidak banyak kerusi dalam kerajaan campuran negeri itu.
Orang Melayu dapat merasai betapa tidak selesanya apabila pentadbiran dikongsi bersama dengan kaum yang tidak mahu memahami adat dan agama yang dianuti oleh Melayu.
Usaha untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Islam akan terus dilakukan oleh musuh dalam selimut. Melayu kena berwaspada kerana apabila kita hilang kuasa, perkara dalam undang-undang negeri boleh diketepikan sesuka hati. Bayangkan apa kemungkinan yang berlaku jika perubahan berlaku di peringkat Parlimen?
Oleh itu, pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam UMNO dan Pas perlu mencari titik temu dan meletakkan faktor keutamaan di tempat yang betul.
Sebagaimana disarankan oleh Mufti Perak itu agar UMNO dan Pas perlu memberi keutamaan pada agama dahulu berbanding politik. Malah kenapa kita harus bermusuhan sedangkan Islam tidak menyuruh kita membenci sesama umat sebaliknya diseru kasih-mengasihi sesama ummah. Bersatulah Melayu!

Monday, July 12, 2010
Selepas Mesyuarat Bahagian UMNO Ampang....
1. Apakah langkah seterusnya dari UMNO Bahagian?
2. Adakah semua AJK Bahagian ...bermimpi untuk menjadi calun pilihanraya ke 13.
3. Bagaimana bangunan UMNO Ampang seterusnya?
4. Tahniah kepada bekas YB Bkt Antarabangsa En. Azman Wahid kerana telah memberikan ucapan penanguhan yang memberi kesedaran kepada AJK Bahagian....jika mereka sedar le...

Tuesday, July 6, 2010
Bangunan UMNO Ampang...jadi bangunan 'TERBIAR'
Dato Ketua Bahagian, rayuan dari seluruh ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang.
Buatlah sesuatu ..sebelum sekali lagi di tertawakan oleh PKR dan PAS.....Tolonglah.
DIHARAPKAN SELEPAS PERSIDANGAN UMNO AMPANG AKAN DAPAT JAWAPAN YANG POSITIF....

Persidangan UMNO Bahagian Ampang 2010
Pada 11/7/2010....Di Hotel De Palma Ampang, sebagai ahli UMNO dan rakyat yang cintakan kesejahteraan negara....datanglah beramai-ramai.
Dirasmikan oleh : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Mohd Yassin

www.umnoampang.com ........suspended
Page suspended!
Please contact billing department.........Kenapa ni?????????????? Apa dah jadi.

Friday, January 30, 2009
Pendaftaran Ahli UMNO secara Online
Bagi pemohon yang ingin menjadi ahli UMNO secara online, boleh dibuat menerusi laman web www.daftar.umno.org.my.
Proses untuk mendaftar keahlian ialah, pemohon dikehendaki menaip nama penuh, nombor telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.
Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.
Bersama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia bumiputera dan berbangsa Melayu mendaftar sebagai ahli UMNO kerana Agama, Bangsa dan Negara.

Wednesday, January 28, 2009
Pembubaran Puteri & Putera...pandang secara positif.
Pandangan yang diberi oleh Pengerusi Displin UMNO hendaklah dipandang secara positif.
1. Pembubaran Puteri - letakkan Puteri di bawah biro yang diterajui oleh Pergerakkan Wanita yang mana puteri adalah salah seorang AJK yang dilantik oleh Ketua Wanita.
2. Putera - kekalkan dalam keadaan sekarang yang berada di bawah biro Pemuda.

Tuesday, January 20, 2009
Kekalahan BN di Kuala Terengganu......Mengapa
1. Bukan kerana pembangkang kuat.
2. Pemuda & Puteri .........lebih kepada melobi, bersembang dan bercinta sahaja...bukan untuk menguatkan jentera parti.
3. Konsep 'Gula-Gula' yang diamalkan.....peruntukan yang berlebihan semasa pilihanraya kecil, rakyat sudah jemu, menyebabkan ramai ambil kesempatan.
4. Amalkan sikap Pemimpin adalah rakyat dan rakyat adalah Pemimpin....jurang yg terlalu jauh.
5. Mesra Rakyat............perlu ada sambungan, jangan jika ada pilihanraya sahaja.
6. Pemimpin dihati rakyat...ada rakyat pun tak tahu siapa ketua bahagian.
7. Parti Komponen bercakaran...........Najib lakukan seperti zaman TUN dahulu.
8. Penampilan keterlaluan dari pemimpin-pemimpin diperingkat atasan / bahagian.
NAJIB & MUHYIDDIN ..............segerakan lah cari penawarnya....................PLEASE...aku sayangkan UMNO.

Saturday, January 17, 2009
2009 & Cabaran yang mendatang...apa langkah kita
Tahun 2009 sudah lebih 18 hari kita tempuhi dan hari-hari seterusnya perlu kita hadapi dengan berbagai cabaran dan dugaan.
Adakah kita arus ikut hari-hari yang berlalu dengan azam yang sama?
Adakah kita perlu tunggu dan lihat dan serahkah 100% kepada nasib sahaja?
Adakah kita mengikut apa yang dirancang oleh orang lain?
Adakah kita harus mengikut trend kepimpinan dari mereka yang berkuasa?
Hanya anda sebagai rakyat Malaysia dan diri anda sendiri yang menentukannya.
Terima kasih.

Wednesday, December 31, 2008
Selamat menempuh tahun 2009
Semuga semua sentiasa ceria & dimurahkan rezeki yang halal...AMIN.
Saturday, December 27, 2008
Tabung Bencana Bukit Antarabangsa kurang sambutan, mengapa?
Mungkin kerana gunakan platform politik kot untuk meraih simpati......
Wednesday, December 24, 2008
Tabung Bencana Bukit Antarabangsa di lancarkan, Bagaimana pula jika Tabung Bangunan UMNO Ampang di lancarkan.
Bagaimana, adakah anda setuju?
Tuesday, December 9, 2008
Bangunan UMNO Ampang...semakin banyak kulat di sana-sini.....
Apa yang susah sangat ni.....berapa ramai AJK-AJK Bahagian, Pemuda, Wanita & Puteri......bergotong-royong le bersama-sama membersihkan bangunan tu................jangan nanti ditertawakan oleh pembangkang........................................
Wednesday, December 3, 2008
Bagaimana layunya Bangunan UMNO Ampang...begitulah layu layunya perjuangan UMNO di Ampang
Macam mana ni...........................TIDUR AJELAH...............
Sunday, November 23, 2008
Mana....UMNO AMPANG....???????????
Tiada apa yang dilakukan selepas Persidangan.....kita hanya ada 3 tahun lagi.....masa berlalu terlalu pantas, cengkaman pembangkang semakin kuat, UMNO semakin layu.....perpecahan semakin besar....tak sedar lagi ke.....Melayu di permain-mainkan ..................BANGUN>>>>>>>BANGUN>>>>>>BANGUN.....kalau tak nak bangun, senang aje....terus KAPAN aje....senang cerita.
Pertarungan antara RAFIDAH & SHAHRIZAT...
Wanita Ampang...penyokong kuat kepada Team Rafidah,
Friday, November 14, 2008
Mananya pergi kepimpinan baru Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri Ampang....
Pergi melancung ke....dah menang dengan cara yang terhormat....
Masih ada yang bercita-cita nak menjadi YB....cermin muka dulu ya....
Ada yang kata.....strategi kenakan orang lain dah menjadi.....ha ...ha...
Yang dulu ada menentang Datuk Mail.....pun dah duduk semeja...ada masuk kot....
dan....
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.......banyak lagi... ;
Apa jadi dengan Dewan UMNO Ampang.....jangan nanti dijadikan modal pembangkang dalam PRU13....siap sedia le bagi jawapan.....Ahli-ahli UMNO pun dah bosan.....

Teruskan Perjuangan Kerana Agama, Bangsa & Negara
Datuk Dr Maamor & ahli-ahli UMNO yang menperjuangkan parti kerana Agama, Bangsa & Negara....teruskan segala perjuangan ini kerana Allah sentiasa bersama-sama pada mereka yang ikhlas & jujur dalam setiap perjuangan.....
HIDUP UMNO, BANGSAKU DAN AGAMAKU DAN NEGARA KU......

Monday, November 10, 2008
Al-Fatihah : En. Shaari Manaf, Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang.
Bersama-sama kita mendoakan beliau supaya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. AL-Fatihah.
Subscribe to:
Posts (Atom)