Sunday, July 20, 2008

Perlunya Peralihan Kepimpinan di UMNO Bahagian Ampang

Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Ampang perlukan kepimpinan yang baru.

Ketiadaan YBhg Datuk Setia Mufti Bin Suib, kerana meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Ampang, amat memberi kesan kehilangan kepada keseluruhan ahli-ahli UMNO dan penduduk di Ampang.

Beliau adalah pemimpin yang sukar di cari ganti.

Untuk Ahli-ahli UMNO di Ampang, pilihlah calon-calon yang mementingkan rakyat dan orang Melayu.

Selamatkanlah 'UMNO' untuk generasi akan datang.

Daripada,

Sayangkan UMNO.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Salam sejahtera & salam perjuangan buat semua pejuang-pejuang sejati yang cintakan UMNO. saya rasa tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dan komen tentang " Perlunya Peralihan Kepimpinan di UMNO Bahagian Ampang. Tanggal 17hb Julai 2008 bersamaan hari Khamis bermulanya mesyuarat-mesyuarat UMNO cawangan-cawangan di seluruh negara khususnya. Apa yang saya lihat disini adalah senario politik di ampang telah jauh berubah. kerana ini dapat dilihat dengan percaturan yang berbeza-beza tanpa meneliti dari segi mekanisma atau kelayakan untuk memimpin atau memegang sesuatu jawatan penting diperingkat bahagian. kekosongan jawatan yang dipertandingkan ini seharusnya diletakkan dengan calon-calon baru kerana sepertimana yang kita sedia maklum bahawa diampang, orang UMNO telah kehilangan 3 kerusi pada pilihanraya yang lepas dan ini memungkinkan tanggungjawab yang begitu besar buat calon yang menang pada pemilihan yang akan datang bagi merampas kembali ke-3 kerusi tersebut pada pilihanraya yang akan datang. Pada masa sekarang dapat dilihat bahawa perebutan jawatan diperingkat bahagian sedang berlaku. jika kepimpinan lama ini tidak bertukar maka tidak mustahil pilihanraya yang akan datang kita masih gagal untuk merampas kembali 2 kerusi DUN & 1 kerusi Parlimen di ampang. maaf lah jika saya katakan bahawa Dato Hj. Ismail Bin Kijo perlu berundur dari memegang jawatan Ketua UMNO bahagian Ampang kerana beliau tidak seperti Dato Hj. Mufti Bin. Suib yang memang ikhlas memperjuangkan orang melayu dan Dato' Hj. Mufti juga telah membukitikan bahawa beliau telah membayar hutang anak cucunya sekarang.kerana apa saya bercakap begitu , kerana Dato Hj. Mufti Bin Suib telah membuktikan bahawa selama 20 tahun dibawah kepimpinan beliau....kawasan ampang tidak pernah tewas kepada pembangkan pada pilihanraya yang sudah. apabila beliau sakit maka jawatan pemangku ketua UMNO bahagian ampang diserahkan pada Dato Hj. Ismail Bin Kijo. kita kalah pada pilihanraya ( PRU12 ) yang lepas. maka jika ditanya " Perlunya Peralihan Kepimpinan di UMNO Bahagian Ampang " maka jawapannya PERLU & WAJIB supaya kewibawaan UMNO Bahagian tidak dipertikaikan pada masa akan datang dan insyaallah dengan izin-NYA kita dapat merampas kembali kuasa dari tangan pembangkang dan khususnya orang-orang MELAYU di ampang akan terus terbela. pada ahli-ahli UMNO diampang, buatlah perubahan demi masa depan anak cucu kita nanti. Buat pemilihan yang tepat dan profesional. kerana keputusan ini akan memastikan kemenangan pilihanraya yang akan datang. Salam Perjuangan & Selamat Bersidang......

Anonymous said...

kepimpinan umno ampang mmg kene tukar....tapi kepimpinan sekrang ni dah main kotor....meeting cawangan mereka tak cukup kuorom pun lepas ...ape cerita....pendekaata...ampang ni memang takkan ada perubahan lah selagi kepimpinan skang tak amal dasar terbuka...

Anonymous said...

bagus laa ampang dah ada blog...