Monday, July 28, 2008

Datuk Dr Maamor dan Datuk Ismail Kijo bersaing rapat...

Kedudukan sehingga kini pencalonan Ketua Bahagian Ampang.

1. Datuk Ismail Kijo - 10 pencalonan
2. Datuk Dr. Maamor Osman - 9 pencalonan

2 Cawangan bersidang semula. Tahniah kepada kedua-duanya kerana melakukan persaingan yang sihat.

3 comments:

Anonymous said...

ni ape cerita??
si zakaria talib orang kuat ku li kan??


TAMAN KERAMAT - UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.

Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.

Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.

“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.

“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.

Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.

Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.

Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.

“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.

“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

Anonymous said...

ketua bah = maamor
timb = azman
naib - zack
k wanita = rozaida
k pem = safarizul
nkp = osman

tempeyekmelaka said...

Tang pertandingan sihat tu kena reserve sikit kerana yang lawan Mail bukanlah seorang yang seasoned politik dan tak tahu berpolitik.
Yang menonjolkan beliau adalah ahli-ahli UMNO Ampang yang inginkan perubahan dan pemimpin yang benar-benar mampu membawa aspirasi rakyat bukan hanya popular di kalangan ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO sahaja.