Thursday, July 31, 2008

Mengecewakan ??????

Penyandang Naib Ketua Wanita Ampang Pn.Noraidah Abd Wahab memarahi Pn.Hasni(Ketua Wanita Cawangan Tmn. Datuk Ahmad Razali) kerana tidak mencalonkan beliau sebagai Naib Ketua Wanita sehinggakan Pn.Hasni terlalu kecewa dengan perjalanan UMNO sekarang......

Apa dah jadi ni?
Laporan ke Lembaga Displin UMNO Malaysia mesti dilakukan?
Beliau sepatutnya digugurkan dari bertanding? Adakah anda setuju......

2 comments:

SITANGGANG said...

Mengecewakan????????

Penyandang Naib Ketua Wanita Ampang PN.Noridah Abd Wahab kalau takut dilambong ombak jangan berumah di tepi pantai kalau takut Pn NOridah kalah tariklah diri awal awal lagi.


Apa dah jadi !!!! DR Rozaidah Talib

Ketua Wanita Bahagian Ampang hanya berdiam diri,beliau selaku Ketua Wanita Bahagian Ampang seharus menegur sikap Naib Ketua beliau yang memarahi Ketua Ketua Wanita Cawangan yang tidak mencalonkan beliau selaku Naib Ketua Wanita Bahagian. Sikap Pn Noridah ini ibarat suami gilakan talak, oleh itu sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Di seluruh kawasan Ampang harus berani memperjuangkan hak sebagai Ahli UMNO dan selaku Ketua Wanita Cawangan di Bahagian Ampang dan kita harus memberikan laluan kepada bekas Naib Ketua Wanita semasa di Bahagian Ampang Jaya Pn. Hajjah Jamaliah bin Aris kerana beliau pernah memberi laluan kepada DR ROzaidah Talib semasa DR Rozaidah Talib sebagai Ahli Parlimen Ampang sebagai Ketua Wanita!!! Kalau tidak boleh berterima kasih tidak mengapa !!!! tapi mengenang budi cukuplah .....?

Unknown said...

Saya nak ahli UMNO AMPANG BUKA HATI, BUKA MATA DAN BUKA TELINGA.

Saya ahli cawangan dan kadang kadang jadi pemerhati dalam mesyuarat cawangan. Kenapa mesti cawangan, baik ketua nya mahupun ketua sayap nya di pengaruhi habis habisan mencalonkan hanya ketua Wanita sekarang sahaja untuk jawatan itu. Apakah yang telah dilakukan oleh Ketua Wanita sekarang ni hingga Ketua Ketua cawangan dan Ketua Wanita Cawangan langsung tidak berani mencalonkan Atikah Adom untuk calon Ketua Wanita dalam pemilihan Oktober ini? Kenapa kita tutup hati, mata dan tutup telinga. Sebab apa kita takut ? Kenapa tak ada sikap terbuka ?

Dengarnya semua AJK Wanita Bahagian dan Ketua Wanita cawangan yang ingin perubahan dan buat keputusan sendiri, tiba tiba bersetuju dengan pujukan dan mungkin 'ganjaran dan habuan' yang ditawarkan masa bincang dengan Ketua cawangan. Saya
percaya calon yang nak tanding Ketua Wanita Ampang juga layak di calonkan. Orangnya layak, banyak pengalaman, gigih dan saya rasa boleh bawa perubahan. Kalau Ketua Wanita sekarang ni seorang yang tidak gentar pada pertandingan, dan telah berjasa dan buat benda benda yang kita nampak masa menjadi wakil rakyat dahulu, sudah tentu orang tak cabar dia. Seorang ketua mesti punya imej diri yang baik, cemerlang dan buat perkara yang tidak menjejaskan imej baik di rumah atau parti yang yang dipimpin nya. Imej diri tidak boleh diasingkan dengan imej seorang ketua atau pemimpin. Semua gerak geri nya dipantau oleh rakyat.

Ada terdapat di cawangan cawangan tertentu, bukan sahaja tidak boleh langsung pilih Atikah, tetapi yang pilih Jamaliah sebagai calon Naib Ketua Wanita Bahagian juga di marahi, di minta tukar nama semasa dicalonkan dan seterusnya di cap tidak ikut arahan orang orang tertentu. Kalau ‘sporting’ dan tidak takut kepada bayang bayang biarlah kita benarkan Wanita buat pilihan calon, lepas tu masuk gelanggang dan ikut keputusan. Yang menang kita ucap tahniah dan kepada yang tidak dapat tempat bersedia terima keputusan dan beri sokongan sepenuhnya. Itu baru lah sihat!

Saya nak tengok pertandingan yang sihat dalam UMNO dan semua ahli diberi kebebasan memilih calon yang difikir sesuai sebagai Ketua. Tak perlu dipengaruhi oleh pemimpin Bahagian atau agen agen nya. Saya percaya ramai ahli di cawangan cawangan Ampang terutama di kalangan Wanita nya dah nampak dengan jelas dan nyata campurtangan sepenohnya oleh Ketua Wanita dan 'Kuncu kuncu' nya yang mengambil bahagian dalam





mesyuarat Wanita di Cawangan. Jangan takut, ada ahli yang punya bukti dalam video dan kamera handphone !!!

Dah sampai masanya orang orang kuat parti UMNO yang amat kita sayangi bukak mata, kenapa 'orang yang pernah menjadi wakil rakyat satu penggal tu, bertungkus lumus dan beria ia benar buat apa sahaja nak kekalkan jawatan Ketua Wanita dan nak pastikan agenda diri sendiri dicapai. Kita lihat bagaimana marah dan merajuk nya dia bila tidak dipilih jadi calon? Tak kah dia sedar bahawa dia tidak membantu kempen pilihan raya PRU12 dan buat protes untuk apa? Pengaruh siapa kah ini? Yang pelik, anih dan takjub, ketua ketua kita di Bahagian biarkan saja apa yang berlaku ni macam dah dibenarkan dan diterima oleh parti. Kalau begini macam mana UMNO nak pulih. Banyak perkara berlaku tetapi yang kita dapat banyak yang tak elok dari yang elok. Kita mesti ingat, yang pilih wakil rakyat nanti bukan ahli UMNO saja, tapi rakyat di luar sana sebagai pemilih. UMNO OH UMNO, BILA KAH KITA SEBAGAI AHLI SETIA , MAMPU BUAT PERUBAHAN DAN MEYAKINKAN DIRI KITA KEARAH KEBAIKAN PARTI. Jika kita tak berubah, bersedia lah untuk terus tidak diterima. Saya pasti tak sanggup melihat UMNO dikuburkan disebabkan perbuatan setengah ketua dan pemimpin yang fikir diri sendiri. Jasa UMNO tersangat banyak untuk kita hayati dan buktikan melalui perubahan yang ingin kita lakukan khas untuk menarik anak anak muda kita.