Sunday, September 7, 2008

Pemimpin UMNO perlu ada KPI(Key Performance Indicator)

Pemimpin Ampang di Peringkat Bahagian dan Cawangan.Wujudkan lah KPI supaya memudahkan Pemimpim-pemimpin bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan disenangi oleh rakyat.

13 comments:

Anonymous said...

Maap aje ler.berapa kerat orang umno paham pasal kpi?ramai yg paham fasal 7D.datang,duduk,dengar,doa,duit,diamdiam dan dungu.ramai yg dah jadi dungu sebab tak pernah dibenarkan bersuara dan melatih pemikiran kreatif.kreatif nak hancurkan sesama sendiri pandailah.gunakan bomoh dan fitnah sana sini.kaluada pakai wotak sikit pun jadilah.bila lama otak tu tak digunakan ianya jadi atrophy,jadi macam otak udang dan otak burung unta.

Anonymous said...

KPI ni ada banyak sudutnya.siapa pun yg jadi pemimpin UMNO mesti ujudkan satu team utk mengujudkan KPI ni yg merangkumi KPI individu dan organisasi.sediakan module latihan dan pastikan tiada pengecualian.semua orang hendaklah berlapang dada utk dilatih bagi menterjemahkan moto UMNO iaitu bersatu,bersetia dan berkhidmat serta bukti tradisi membela rakyat kerana niat yg ikhlas kpd Allah sematamata.PLEASE....

melayu jawa said...

Pemimpin UMNO yg memenuhi kriteria yg ditetapkan saja yg wajar dipileh oleh ahli.ahli perlu bertanggung jawab utk pastikan pemimpin tetap pada landasan yg betul kerana ada yg mudah lupo daratan dan kacang lupakan kulit.pemimpin dan pengikut mesti fahami falsafah muafakat yg menjadi budaya melayu.aku cakap melayu ni termasuklah jawa sekali!

penyokong tok mail said...

Pemimpin UMNO bukan sekadar memimpin orang umno tetapi mestilah menyerlah dan diterima sebagai pemimpin rakyat.pemimpin yg amanah akan menjadi "natural leader" maka sifat AMANAH mestilah menjadi prasyarat utama.Amanah akan menjadi benteng kepada akhlak yg istiqomah.pemimpin mestilah lebih pengorbananya berbanding dengan pengikut dalam semua bidang termasuk mujahadah bagi menimba ilmu dan beramal,bersifat budiman dan pendamai.sebenarnya kita terlalu mendambakan semua ciri yg ada pd nabi muhammad saw.jadikan ciri ini dlm KPI individu,kaji pandangan dan nukilan ulama terdahulu dan kontemporari sbg panduan.ayuh ,tunggu apalagi wahai pemimpin UMNO bahagian ampang bangunlah dari mimpi kamu tu....

veteran UMNO said...

Aku nak tanya dokter maamor dan tok mail ni bila nak muncul bersama misalnya bertarawih dan bertadarus sekali ke?aku rasa rumah tok mail tu cukup luas untuk buat program macam tu.rmah dokter pun boleh juga tapi tulah kalau bangunan umno dah siap kan senang.aku rasa tok mail mesti setuju kalau dia baca blog ni lah!tapi kalau dia tak baca mintaklah pemblog forwarkan pd dokter dan tok mail lepas tu call dapatkan response.pemblog pun kenalah proaktif.apa guna kalau sekadar ....PLEASE

Anonymous said...

Saya harap sebagai ahli umno yg setia kita hendaklah sentiasa perihatin dan waspada terhadap pergolakan dalam negara dan antarabangsa supaya bersegera bertindak bila diperlukan.persiapan mental dan fizikal beserta networking dan teknologi mestilah pada tahap optimum.kalau kita biasa dengan firedrill ,sesekali cuba kita buat test utk mengukur tahap kesiasiagaan kita,tak diuji taku nanti panic dan saling menghancurkan sesama sendiri.pastikan kita mengenali musuh kita dan juga gulungan munafik dikalangan kita.

Anonymous said...

sebenarnya bukan pemimpin aje yg perlu ada KPI tetapi semua ahli umno.ahli umno mestilah menunjukan keterampilan kalau mahu menarik hati pengundi.kalau ahli umno sendiri tak faham dasar dan perjuangan parti,malah asyik nak fikirkan bagaimana nak korbankan orang dan kaut keuntungan utk peribadi sendiri ;yunggulah saat kehancuran umno.imej umno rosak kerana perangai ahli dan pemimpin ygsombong,bodoh,malas,kera sumbang dan tiada kebijaksanaan dalam berhujah dengan bernas malah mudah melenting.pastikan semua sifat negatif tu dikikis dan diganti dgn sifat yg terpuji.setiap ahli mesti ada check list sendiri.jujurlah pd diri sendiri pasti kita akan jujur dgn orang lain,kejujuran adalah sifat penting dalam persahabatan dan perjuangan sperti dalam UMNO.ayuh!jujurlah......

Anonymous said...

Aku nak sarankan semua ahli umno baca buku karangan almarhum hj ikhwan nasir mengenai apa ketua umno cawangan dan setiausa kena buat.aku lihat bagus panduan tersebut dan ty memusykilkan aku kenapa tak dijadikan panduan oleh umno.kalau tak bagus buatlah buku lain sebagai silibus dan pastikan semua ketua caw dan setiausaha hadir kursus.aku dengar ada yg dah lama pegang jawatan tapi tak ada ide dan faham mengendalikan mesyuarat yg berkesan.mesyuarat jadi macam pasar dan tidak ada satu piawaian terutamanya tentang menepati masa.pemimpin pun tak reti nak hormat masa sebab berpegang kpd ajaran sesat ie janji melayu!malunya...

Anonymous said...

aku baru baca buku karangan dr nawwaf takruri yg diterjemahkan oleh adik angkatku.memang menarik dan meremang bulu roma membacanya.buku mengenai kewajipan berjihad dgn harta dan nyawa.ini satu perintah Allah yg telah kita lalai lakukan.ahli umno yg menjadiakn falsafah berjuang demi ugama ,bangsa dan tanah air mesti mengamalkan perintah Allah ini.harap tok mail pun baca buku ni dan lagi cantik kalau suruh saleh tawil dan yusuf baca sama.tok mail PLEASE ....

Anonymous said...

Sesungguhnya orang yg beriman hanyalah orang yg beriman kpd Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak raguragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah.Mereka itulah orangorang yg benar.(Al Hujurat:15)

orang lama said...

Sekarang ni mesyuarat cawangan dah lama selesai tapi tak ada pun diumumkan segala maklumat terkini,main sorok2 pulak!Ni confirm tak capai KPI.Bila nak istiharkan tok mail menag tanpa bertanding?Aku dengar dia dah yakin menang tanpa bertanding.tahniah!jagalag UMNO baik2 dan please,winner should not take all

Anonymous said...

Aku betul2 risau tengok kelemahan dan perpecahan dalam UMNO dah di manafaatkan oleh pembangkang.bila kita leka dan lemah ni bak kata orang tu sipot babi pun berani kencingkan.sejarah selalunya ditulis oleh orang yg menang dan sudah pastilah mengikut perspektif mereka.dulu mereka pembangkan dan sekarang dah memerintah beberapa negeri maka perspektif merekalah yg akan menang.kita dikatakan racist tapi apapun mereka buat semuanya betul dan tak de pulah orang umno nak jadi pejuang!

Anonymous said...

Assalamualaikum, ni nak tambah sikit,Tok Mail ni macam mana? dari pemerhatian yang agak tak baca buku ni, apabila cadangan menjadi ketua bahagian dibuka kepada semua ahli, dia kalah di 95% cawangan yang bermesyuarat. Dia hanya menang pada "cadangan tertutup" sahaja. Itu belum dikira lagi kalau dibuat pengundian terbuka macam pilihanraya. Jadi apa KPI yang nak diguna oleh Mail Kijo ni yang mengatakan dia harus menjadi ketua bahagian sepenggal. Macam PM jugalah, kalau tanya rakyat dan buat undian terbuka, tak cukup tingkap dia nak lompat, tapi kalau tanya pada ahli parlimen yang dilantik jadi kabinet, mestilah kita akan dapat maklumat berbeza.