Monday, November 3, 2008

Ampang bergolak...Fitnah & Laporan Polis berleluasa

Sudahlah dengan ini semua, tiada penyelesaian akhirnya....bersatulah wahai mereka-mereka yang berkuasa....sedarlah dunia ini hanya sementara sahaja..

7 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam pengendali blog,

Sebagai insan pena Pemuda Pelapis yang bermastautin di bawah Parlimen Ampang, saya telah lama perhatikan pergolakan dan perpecahan parti di dalam pentadbiran Umno Bahagian Ampang. Tiada sebarang kemajuan malahan kemunduran yang kita semua nampak.

Di mana Ketua Bahagian dan AJK? Apakah semuanya tidur atau hanya tahu berebut-rebut mengejar jawatan sedangkan kerja dan tanggungjawab tidak bijak dilaksanakan? Saya kira sudah tiba masanya barisan muda wajar menonjolkan diri bagi mengambi-alih jawatan penting di dalam pengurusan Umno Bahagian Ampang demi masa depan agama, bangsa dan negara khususnya bagi mewakili suara-suara rakyat di dalam Parlimen Ampang untuk dibawa ke Dewan Rakyat.

Bersamalah dan bersatulah wahai golongan muda Bahagian Ampang untuk tampil ke hadapan menabur bakti dan kebajikan dengan penuh telus, jujur serta lebih komited daripada veteran-veteran sedia-ada yang mungkin tidak lagi relevan pada situasi ini di dalam mengharungi cabaran transformasi ke arah menyahut cabaran globalisasi demi menjayakan "Wawasan 2020" sebagai sebuah negara maju yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

SELAMAT BERJUANG!

PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com

Anonymous said...

Lawan Tetap Lawan...
Saman Tetap Saman...

. said...

sahabat, saya fikir eloklah umno kembali kpd asas perjuangan iaitu memartabatkan agama, bangsa dan negara. sekiranya tidak, umno mungkin tidak relevan lagi.

Anonymous said...

Di manakah Dato Ismail Keju ketika ini???Serahkan saje kepada kepimpinan muda..ramai lagi yg berbakat..yang xde kelayakan kita turunkan..mmg Pengalaman byk mengajar kita tetapi hanya dgn pengalaman tanpa Pelajaran bolehkah sesuatu bangsa itu maju??
renung2kan??Mengapa Haslinda berada di DUN Bukit??jawapan nya mudah sahaja, Arwah Dato Mufti perlukan orang berpelajaran utk memimpin di sana..

Anonymous said...

Main tolak2, atas batu bergolek2,
Ampang tak bergolak, tapi hanya akan tergolek!!

Jawab jgn tak jawab! Cak pong, Cak pong!! ;)

azianvictoria said...

Salam dr jauh,

Tahniah kepada ketua bahagian yg baru, kuatkan bekerja dan dekatilah golongan muda yang menjadi penentu PRU 13 nanti....cukuplah sekali pengajaran yg lalu dan kembalikan Parliman Ampang, DUN Bukit A/Bangsa dan DUN Lembah Jaya dr PAS dan PKR......dekatilah golongan 17-18 tahun ini yang akan menjadi pengundi baru dalam tempoh 4 tahun akan datang, silap langkah golongan inilah jugak yang akan memusnahkan harapan dan impian kita semua.....kepada pemuda-pemudi ampang, jgn taksub dan leka, ingatlah sejarah perjuangan bangsa kita.......

tempeyekmelaka said...

azianvictoria,
kalau inilah muka-muka yang masih ada dalam umno, bukan PRU13 malah PRU31 pun belum tentu dapat ampang ke pangkuan umno.
semua kita tinggalkan umno ampang dan masuk bahagian yang lebih waras lagi. eh... ada ke?