Monday, September 22, 2008

Pertandingan yang tidak TELUS di UMNO Bahagian AMPANG.

Pertandingan yang tidak telus dari UMNO Bahagian Ampang, selepas Mesyuarat Cawangan selesai:-

1. Datuk Dr Makmor Osman dikatakan tidak layak bertanding sebagai Ketua Bahagian.

2. Bekas ADUN Bukit AntaraBangsa, Calon Parlimen Ampang dan Naib Ketua Bahagian En. Azman Wahid tidak layak bertanding kerana tidak cukup pencalonan, sedangkan hampir semua cawangan mencalonkan beliau.

3. Membenarkan Calon yang tidak layak dicalonkan sebagai Calon Ketua Pemuda sehingga tidak ada seorang pun calon yang layak bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian.

4. Sheikh Aziman yang boleh di bilang dengan jari pencalonannya sebagai Naib Ketua Bahagian, tiba-tiba mendapat pencalonan yang tertinggi.

5. Datuk Ismail Kijo (Calon Ketua Bahagian) dan En Aziz Derus (Timbalan Ketua Bahagian) tiba-tiba menang tanpa bertanding.

6. Abu Zahrin memangku jawatan Ketua Pemuda Bahagian.

Jika beginilah cara pemimpin diAmpang, jangan MIMPI UMNO akan terus wujud di Ampang, hampir semua ahli-ahli UMNO di Ampang yang terlalu kecewa dengan perkara ini.

UMNO Malaysia tolonglah perbetulkan keadaan ini....KAMI semua sayangkan Parti UMNO.

Saudara Azman Wahid dan Datuk Dr Makmor buatlah laporan ke Lembaga Displin UMNO untuk menyelamatkan UMNO dari terus lenyap.

Wassalam,

Sayangkan UMNO

11 comments:

Anonymous said...

Mana nak cari ketelusan dalam politik terutamanya dalam UMNO atau parti yg memerintah.kuasa sama dengan pasti kaya.harta benda dah jadi matlamat dikalangan sebahagian a\pemimpin UMNO.UMNO akan jadi tidak relevan kpd gulungan muda yg ada idealism dan jati diri.gulungan muda ni akan menjadi majoriti pengundi masa depan dan kehancuran UMNO seolah2 hanya menanti masa melainkan pemimpin UMNO bangun dari tidur yg dibuat2 kerana kalau memang tidu senang dikejutkan banding dgn yg buat2 tidur spt Pak Lah dan ....

tempeyekmelaka said...

Boycott mesyuarat agong UMNO!!

Anonymous said...

Bab boikot tu aku ingat tak berapa sesuai lah kerana puak yg kena boikot tu bukan ada maruah pun!kalau boikot lagi naik tocang dan terus buat2 tido.aku rasa elok YB Azman sebagai naib ketua bahagian dan abu zahrin pemangku KP buat laporan ke MKT dan road show untuk terangkan keadaan sebenarnya.aku percaya YB Azman berkemampuan.dulu aku ingat TB Azman nak pegi timbalan tapi nak naib juga .sekarang ni nampaknya sdr sh aziman akan hilang gagap bila menag mudah sbgai naib ketua bahagian ampang.hebat orang singapura yg pandai ber pura2.tabik kat arwah dato mufti...

Anonymous said...

political animal adalah istilah kpd orang politik.sifat binatang tu mesti kena ujud baru sah jadi orang politik.manusia yg bersifat ehsan ,jujur,amanah dan sifat baik yg lain sukar hidup dikalangan binatang ni.kata seorang pujangga "dikalangan semua orang gila,orang yg tak gila lah dikatakan gila"dikalangan binatang politik ,yg tak bersifat binatang akan ditertawakan malah tiada tempat.manusia yg siuman patut bantu kembalikan semula binatang politik ni kejalan kebenaran dan ini adalah tugas yg maha berat,orang yg macam ayob mad aris,yb azman,tok mail,sdr maamor dan yg laintolonglah fikirkan untuk memanusiakan binatang politik ni,PLEASE...

Anonymous said...

Aku kesian dengan kekawan dalam UMNO yg ada iltizam nak sedarkan orang melayu islam betapa kita kena berpijak dialam realiti.jangan tidur lagi.kalau tak sedar juga selapas apa yg terjadi sekarang ni ,aku yakin ahli umno akn keluar beramai2 dari UMNO dan tinggalah UMNO kesunyian.tinggalah UMNO tanpa pembelaan lantaran perangai pemimpin masa kini yg pentingkan diri sendiri dan measakan tidak bersalah mengkhianati bangsa sendiri,menjadi petualang dalam perjuangan bangsa dan ugama.hapuskan petualang dan bedebah itu!!!!!

Anonymous said...

Analisis penting calon2 UMNO Ampang;

Ismail Kijo: Takut bini!
Aziz Derus: Berdiri tapi tak tinggi!
Sheikh Arziman: Syok sendiri!
Rozaidah Talib: Lupa diri!
Safarizul: Bankrupsi!

Anonymous said...

Kalau betul tak telus nape tak ada orang yg buat laporan kelembaga disiplin parti?AKu agak orang UMNO ni dah tak de keberanian atau memang sama bersekongkol dngan kemungkaran?Tok Mail berkokok tentang ketelusan tapi dia sendiri cawangan bunian.27 cawang yg mesyuarat gelap tu tak kan tak de orang yg nak report ?Bawa orang luar nak cukupkan korum macam temapt Mazli tu dah ada saksipun tak de nak ketengahkan ke?Aku dengar tok Mail baik dgn pak lah dan najib sebabtu dia kaya sampai boleh belanja KJ!Dolah dah nak belah,KJ dah nak kojol dan Najib....

Anonymous said...

Aku memang berdoa supaya pemimpin UMNO diberikan petunjuk dan taat kpd Allah dan Rasul supaya mudah kita sebagai pengikut ni menyokong sepenuh jiwa raga.Amanah adalah prasyarat utk jadi pemimpin yg dihormati lagi dikasihi.Aku percaya Tok Mail orang yg jujur dan amanah tapi kalu dah takut bini sampai kena ketuk ketampi tu kira dah melampaulah kerana orang yg dayus tak masuk syurga.kalau dapat pun cuma masuk syurga bini ajelah tapi tu pun kena pergi beli roti canai dulu,kesian driver!Aku dengar dah ada persatuan pemandu tok mail,betul ke.Tu kena tanya sdr Jasman,Hois Khalil dan.....

Anonymous said...

UMNO ampang ketandusan pemimpin .Ramai yg ada wibawa tapi telah berjaya disisihkan secara terancang sejak zaman arwah dato mufti dan ini diwarikan kepada tok mail dan konconya,UMNO akan jadi tidak releven dan aku yakin akan berbondong2lah gulungan muda dan intelek yg akan berhijrah ke parti PAS.Aku yakin PAS akan jadi lebih kuat dan UMNO akan jadi peminta sedekah ditanah sendiri .Salah siapa?slah ahli UMNO yg takut,tak sedar diri dipergunakan dan di gula2kan .Rosak dan hancur UMNO bukan kerana doa Nik Aziz tapi perbuatan dan doa orang UMNO yg gila kuasa dan cinta dunia.Kalau ada yg nampak berani sikit spt YB Azman pulak dah dipancung dari bertanding timbalan.Dr Maamor dengarnya akan tumpukan kpd gerakan NGO aje,Ayob sibuk dgn Gemilang Travel dan geng bukit atbgsa lari masuk hutan dan bukit dan yg dilembah sedang bernang nak selamatkan diri masing2 maka berkokoklah Tok Mail:Aku berjaya hapuskan UMNO dan bedebahnya sikap ko,mail!!!!!!!

Anonymous said...

saya ni merupakan salah seorang pemuda ampang jaya (bukan pemuda umno)...

dari dulu lagi, saya diajak oleh abang2 saya untuk menyertai umno kerana saya dikatakan mempunyai "bintang" yang cerah selain mempunyai daya kepimpinan...

tapi saya tak nak masuk sebab saya "meluat" dengan sikap sesetengah pemimpin di Ampang...

bila perlukan sesuatu baru cari kita....tapi bila kami memerlukan...sampai sekrang buat tak tau....lagi buat saya meluat...

saya boleh menyertai umno...tapi dgn syarat...segalanya mesti diubah kepada asal..yakni tiada korupsi dan kronisme....

Anonymous said...

Elok lah kalau dah sedar. Ckp bukan2.semoga usaha yg dibuat oleh umno sejak merdeka hancur ditengah jalan.esok2 kalau mula cina memerintah baru padan muka org melayu sbb kononnya yakin dgn Pas dan pkr. Kalau rasa2 nak merempat di tanah air sendiri teruskan lah ckp2 begini.